Cabaran Tanam Pokok Sayur

Rupanya nak tanam sayur ni bukan mudah ya. Banyak cabaran tanam pokok sayur ni. Kekya share suka duka kekya menanam sayur pada musim PKP ni. Time nilah kekya rasa sesuai dan seronok nak menanam sesuatu. Kekya pun tak kemana mana dekat rumah je. Yelah PKP nak balik kampung pun tak boleh kan. Jadi bolehlah kekya fokus 100% dekat pokok-pokok kekya jer hehe. Senang nak pantau.

Kadang-kadang ada juga rasa kurang sabar bila pokok terkena penyakit. Itulah cabaran tanam pokok sayur ni bila kena serang penyakit tu. Kekya cuba belajar lagi banyak ilmu penjagaan sayur. Apa kekya dapat iktibar bila tanam sayur ni. Kita tahu beli sayur masak tak habis buang. Padahal nak jaga pokok sayur ni punyalah banyak kerenah. Kena berpanas. Kos lagi nak beli baja dan racun kawalan serangga organik. Bukan murah nak beli semua tu. Lagi-lagi tanam sayur ada pula pendatang tanpa izin siput babi? Bersyukur hargailah jangan membazir sayur.

Sekarang pokok sayur kekya dah mula okay. Dah kurang masalahnya. Kekya dah mula serasi dan tahu apa perlu buat bila pokok kena penyakit atau tips macam nak gemukkan pokok.

Dulu kekya rajin balik kampung lama. Bila duduk rumah mak mertua. Kekya banyak menanam dekat sana. Sebab rumah mak mertua tanahnya luas. Daripada semak samun lebih baik kekya tanam sesuatu yang boleh bagi hasil. Sampai jiran depan mak mertua kekya tumpang minta daun kari, daun kesum hehe. Daun kesum tak payah cerita dia punya gemuknya sampai tak tau buat macam mana. Sebab kekya tak rasa rugi bila menanam pokok ni. Walaupun bukan tanah kekya. Tapi hasil pokok yang kekya tanam. Orang lain guna dan makan. Dari situ kekya rasa puas hati dan seronok.

Pokok kesum gemuk tak terkata. Ni dekat rumah mak mertua. Mak mertua hantar gambar pokok. Kekya campak biji betik hidup pula pokok betiknya dekat celah tayar tu. Kekya tak tau pokok betik jantan atau betina. Kalau jantan kekya tebang jelah??

InsyaAllah doakan kekya ada rumah dan tanah sendiri untuk kekya berkebun dengan lebih banyak lagi sayur. Boleh sedekah dekat jiran-jiran?? Jiran happy kekya pun happy tengok. Kekya tanam benih pokok lemon sampai tumbuh 5 pokok. Kekya bagi dekat jiran belakang dua pokok. Sebab jiran belakang pon suka menanam. Akak jiran belakang tengok kekya tanam kacang panjang. Dia pun semangat nak tanam kacang panjang siap buat jaring untuk pokok kacang menjalar awal awal lagi? Nak menanam takda alasan. Takda tanahlah apalah. Banyak kaedah lain yang boleh diguna. Hidroponik pun boleh. Kekya rasa macam ruginya bila tengok orang yang ada kebun dan tanah tapi dibiarkan bersemak macam tu. Takda usaha tanam apa-apa. Sanggup beli serai, daun pandan, daun kunyit dan daun kesum dekat supermarket. Padahal semua tu senang hidup dan mudah nak menanam. Berbudi pada tanah tak rugi malah kita sendiri yang dapat hasilnya.

Nilah pokok pokok kekya tanam dekat ruang yang tak seberapa nak luas ni. Kekya tanam je selagi nampak ada ruang?

Dekat tiang elektrik pun jadi kekya tanam lagi pokok inai, pokok mulberi dan nenas. Kekya beli buah nenas. Terus tanam pucuknya. Sayang nak buang. Mana tahu menjadi tanam nenas ni. Alhamdulillah tak mati pokok nenasnya. Subur je??

Pokok Keledek Mudah Tanam Dari Pucuk sahaja

Keledek apa kekya tak tahu lagi?? Sebab kekya beli pucuk keledek dekat pasar target. Kekya buat batas dan terus tanam pucuk keledek. Membesar dengan sihat. Tak sabar nak tengok keledek apa ni. Pokok nilah paling senang nak hidup dan jaga??

Pokok keledek baru tanam. Senang cucuk je. Tak kisahlah nak tanam dari ubi keledek atau pucuk. Tujuannya sama nak dapat ubi keledek?

Pokok Lemon Tanam Dari Biji Yang Dibeli Di Pasar

Pokok lemon tanam dari biji. Musim pkp rajin minum air lemon panas. Kekya kumpul biji-biji lemon. Basuh dan keringkan. Lepastu rendam satu hari dan tanam. Tumbuhlah 5 pokok lemon. Dua pokok selamat kekya serahkan dekat jiran kekya. Tinggal 3 pokok. Membesar dalam pasu yang besar. Nanti kita dah ada rumah dan tanah sendiri. Kita pindahkan awak dekat tanah yang luas ya.

Pokok Kangkung Tanam Dari Keratan Batang Akar Lagi Cepat Dapat Hasil

Pokok sayur kangkung. Kekya beli sayur kangkung. Batang akarnya kekya terus tanam. Puas petik sayur kangkung ni. Masak maggi kari buhhh sayur kangkung fresh??

Pokok Limau Purut Menjadi Gemuk Bila Diberi Baja Dan Pantau Selalu

Pokok limau purut ni dah lama tanam. Dah nak dekat 3 tahun dah. Dulu alahaiii secoet jer daunnya tumbuh. Mana taknya tumbuh daun muda habis kena ngapp dengan ulat daun. Sekarang tuannya dah kena kurung dekat rumah tak kemana mana. Kerja dok belek dia jer. Tengok ada tak rama-rama bertelur atau ulat daun dekat daun pagi-pagi. Alhamdulillah makin banyak daun tumbuh. Besar-besar pulak daunnya. Sukalah dia kerja belek dia jer?

Bukan Mudah Tanam Pokok Sireh. Sekali Hidup Merimbun Dengan Lebat

Kalau korang tahu pokok sireh nilah yang paling mencabar sekali nak tanam. Pokok sireh penting untuk perempuan. Mesti ada satu pokok dekat rumah. 4 kali kekya tanam tak berjaya. Ni pokok sireh yang kelima. Alhamdulillah hidup pun dia. Minta pokok sireh dekat tuan rumah hehe. Nenek tuan rumah siap ajar lagi macam mana nak tanam. Kesian tengok kekya tanam pokok sireh asyik tak jadi jer haha

Ujian Pertama Kena Berak Dengan Kucing Selama 3 Hari

Nilah ujian pertama kekya bila pasu dan polibag kekya kena berak dengan kucing. Tiap tiap pagi kena buang taik kucing. Habis anak pokok mati? Lepas kekya sekolahkan kucingnya terus tak berani berak lagi dekat pasu atau polibeg

Pokok Kari Gemok Sembur Baja Telur Yakult Sahaja

Pokok kari gemok dengan jayanya. Tak putus putus keluar tunas yang baru. Fasa kedua pkp tak silap kekya. Pokok kari ni kena serang dengan serangga aphid. Kekya sembur air basuhan beras tak jadi. Sembur air bawang putih, cili padi dan sabun basuh pinggan. Alhamdulillah hilang pun alphid tu. Dengan semut semut lari. Dah takda dahh semut hitam dok berkumpul dekat tunas yang ada aphid.

Tips Macam Mana Kita Nak Tahu Serangga Aphids Ada Dekat Pokok

Perhatikan semut hitam kemana dia pergi. Biasa semut hitam akan pergi ke pokok yang ada serangga aphids. Tugas semut hitam melindungi(bodyguard) aphids daripada dimakan oleh serangga lain. Habuan semut hitam dapat ialah kemanisan yang dikeluarkan oleh aphids. Langkah pertama yang perlu kita buat ialah hapuskan dulu semut hitam menggunakan racun semut. Baru sembur aphids dengan air bancuhan cili, bawang putih dan sabun basuh pinggan.

Pokok Kacang Renek Senang Hidup Tapi Kena Selalu Pantau Takut Ada Ulat Daun Pelombang

Ni pula pokok kacang renek kekya. Dah besar daa. Pokok kacang ni tak menjalar. Cuma tulah jangka hayatnya tak lama. Susah nak jaga pokok kacang ni. Musuh yang selalu serang pokok kacang kekya ni ialah daun pelombong. Fuhhh puas kekya sembur macam macam racun organik. Tak jalan juga. Setiap hari mesti ada daun pelombong buat peta siap siap dekat daun ni. Kekya geram asyik buang daun je. Kekya picit hujung peta yang last berhenti. Situlah ulat tu duduk. Geram tengok binatang ni. Degil kena beli juga racun daun pelombong?

Kekya try gantung ubat gegat banyak-banyak. Kurang sikit lalat. Punca daun pelombong ni daripada lalat kekya baca.

Pokok Kacang Panjang

Pokok kacang panjang yang menjalar. Yang ni jangka hayat dia lama sikit. Sekali pokok ni berbuah. Tak terhabis nak makan.

Pokok Peria Katak

Pokok peria katak. Saja tanam buat tambah tambah. Lagipun peria ni bagus untuk kesihatan. Boleh buat jus kan? Tak pun buat sayur peria goreng.

Pokok Cili Padi

Pokok cili baru nak membesar. Harap takda apa apa masalah lagilah. Tak payah beli cili dekat pasar. Penting kena ada satu atau dua pokok cili dekat rumah. Senang. Nak guna petik je✌

1 thought on “Cabaran Tanam Pokok Sayur”

  1. Pingback: 9 Tips Racun Serangga Paling Berkesan 2021 - Lidya Izzati

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: