9 Tips Racun Serangga Paling Berkesan 2021

Assalamualaikum semua??Hari ni kekya nak share dekat korang tips racun serangga paling berkesan untuk menghalau serangga perosak tanaman. Tanaman jadi segar bugar bila tiada serangga kacau.

Pokok kekya kadang kadang ada je yang kena serang serangga aphid dok hurung dekat pucuk. Kekya ingat semut tu makan serangga aphid tu. Jadi kekya biarkanlah.

Rupanya semut ni tak makan aphid tapi kerja dia hisap cecair manisan yang dikeluarkan oleh aphid. Kiranya semut ni jadi bodyguard upahan si aphid nilah.

Dua-dua jahat? Kekya apalagi hapuskan kedua-duanya sekali. Kumbang melybug atau ladybird je yang makan si aphid ni.

Pokok cili dan pokok kari kekya habis kena serang si aphid.

Tips Racun Serangga Paling Berkesan Dengan Mengunakan Brogard Dan Malation Sahaja

Racun Serangga Paling Berkesan
Contoh Racun Serangga paling berkesan

Kekya selalu juga guna racun serangga brogard dan malation. Murah, cepat dan berkesan. Itulah the best solution kekya kalau pokok terkena serang dengan makhluk bernama bena putih, belalang, aphid, siput dan kulat-kulat putih dekat tanah.Tengah keadaan PKP ni susah pula nak cari racun tu. Kena try beli dekat online pulak. Biasa beli dekat nursery je.

Kekya selalu juga buat racun serangga organik yang guna bahan yang ada dekat rumah je. Adalah sikit stock yang kekya dah peram. Nasib baik?. Racun ni senang je buatnya. Mudah dapat dan berkesan setakat ni. Kekya sembur dekat semut pun KO. Semua pakat lari. Dengan kucing-kucing sekali pakat takmau datang berak dekat polibag lagi Hahaha. Kulat putih dekat tanah pun dah mula berkurangan sedikit. Kena sabar rajin buat selalu sampai hilang serangga tu. Yang penting halau dulu semut baru aphid mula hilang. Sebab dah takda bodyguard dahh ??

Tips Pertama Racun serangga Paling Berkesan

Racun Serangga

Bahan-bahan yang diperlukan :

1 biji bawang merah

15 ulas bawang putih

5 keping daun sireh

5 batang serai wangi

Sabun cuci pinggan

Cili api

Minyak

Cara membuatnya :

Blend semua bahan-bahan tu termasuk kulit bawang sekali dan tapis ambil pati airnya sahaja. Hampasnya jangan buang boleh letak dekat pangkal pokok.

Ambik hang sekali sembur dengan tuan pokoknya sekali terbatuk-batuk Hahaha?. Habis dengan tangan sekali kepedasan kena percikan air spray tu. Jadi sila pakai sarung tangan dan mask yaa?

Tips Ke-2 Racun Serangga Paling Berkesan Siram Air Basuhan Beras

Kalau ada air basuhan beras. Simpan hangan dibuang. Air basuhan bukan je boleh segar pokok sahaja tapi boleh bantu hilangkan alphid. Kekya rajin-rajin siram dari atas sampai ke akar. Siram kerap nanti hilang bena tu.

Tips Ketiga Racun Serangga Paling Berkesan Tabur Serbuk Kulit Telur

Kekya selalu juga simpan stok serbuk kulit telur untuk elak siput datang dekat sayur. Kekya taburkan dekat pangkal pokok atau tabur terus dekat daun tanaman. Pastikan basuh dulu kulit telur sebelum ditumbuk ya. Kalau hujan kena tabur balik semula. Lecehkan tapi kena buat juga kalau tak nak pokok hang botak.

Tips Ke-4 Racun Serangga Paling Berkesan Tabur Serbuk Kayu Manis

Serbuk kayu manis pun bagus. Boleh beli banyak-banyak. Tumbuk sampai halus. Taburkan dekat tanah tapi jenuh nak ditumbuknya. Kena rajin sikitlah ??

Tips Ke-5 Racun Serangga Paling Berkesan Sembur Fumakilla H20 Waterbased

Kalau degil juga tak nak hilang cik bena atau alphid. Sembur je Fumakilla H20 waterbased. Sembur jangan tengah hari. Nanti melecur daun. Sembur waktu petang.

Tips Ke-6 Racun Serangga Tanam Beberapa Ulas Bawang Putih

Tanam beberapa ulas bawang putih dekat keliling pokok. Biasa serangga tak suka bau bawang putih.

Tips Ke-7 Racun Serangga Guna Lebihan Nasi Yang Basi

Kekya ambil lebihan nasi yang basi masukkan dlm botol yang kosong campur dengan air sampai hampir penuh botol tu. Tutup jangan rapat sangat penutup botolnya nanti kena buka keluarkan gasnya kang meletup nanti. Biar peram selama 7 hari macam tu buka penutup botol tu untuk buang gas bila nampak botol tu mula kembang keras. Lepas seminggu boleh masukkan air peram nasi tadi dan spray dekat daun-daun yang ada serangga perosak tu.

Sumber: Ulasan Racun Serangga

Sila Baca Artikel seterusnya: Cabaran tanam pokok sayur

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: