Nasi Goreng Belacan Pasti Tambah 3 Kali

Hai assalamualaikum semua. Sihat?? Apa cerita duduk rumah tu. Lagi seminggu nak dekat raya ni. Korang dah prepare baju raya ker hehe. Okay hari ni kekya nak kongsi satu resepi iaitu nasi goreng belacan pasti tambah 3 kali. Resepi ni simple je. Tak lama pun nak buat. Tambah pula kekya goreng ayam. Ada timun dan sos cili. Fuhh laju suami dan anak kekya makan. Sampai tak tengok kiri kanan dah. Ayam goreng kekya pun sampai kena rembat tau?

Bahan – Bahan Yang Diperlukan

4 cawan nasi sejuk

4 batang kacang panjang – dipotong halus

1 biji carrot – dipotong kiub

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

8 biji cili padi hijau

1 sudu makan belacan

Sedikit ikan bilis – dikopek dua

Cara Masak Nasi Goreng Belacan Mudah Jer

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai agak garing sedikit.

Masukkan sayur kacang panjang dan carrot. Biarkan sayur separuh masak. Telur kekya dah habis. Jadi kalau korang ada telur boleh masukkan sekali ya. Lagi sedap nasi gorengnya.

Kemudian masukkan nasi sejuk dan sedikit garam gaul rata. Goreng nasi sampai agak sedikit garing. Tutup api. Dahh siap nasi goreng belacan kekya. Simple je tapi boleh buat suami dan anak kekya menambah banyak kali?

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: