Resepi Bulgogi Korean

Kekya nak share resepi bulgogi korean versi goreng. Sesekali apa kata kita tukar menu masakan lain pula. Akibat kekya teringin pula nak makan dekat Yo Gi Ya Korean Restaurant Halal tapi tengah PKP ni lebih baik kekya buat sendirilah. Jimat pun jimat ya takk.


Kalau bulgogi daging itik lagi sedap dan padu tapi mana pula nak cari daging itik. Kalau dekat kamppung Muar. Kekya tau lah juga mana nak cari daging itik. Batu pahat ni kekya belum tahu lagi mana nak cari daging itik kat sini. Siapa pernah makan daging itik? Fuhhhh sedap tak terkata??.


Resepinya mudah je tak susah pun. Kalau ada set BBQ dan steamboat lagi bagus. Ada set tu kekya dah lama dah buat bulgogi BBQ dan steamboat tomyam??

Bahan utama :

Setengah kilo daging batang pinang – dihiris


Bahan-bahan perapan daging yang perlu diblender :

4 ulas bawang kecil

3 ulas bawang putih

1 biji buah pear

1 batang daun bawang cina

4 sudu gula perang

1 sudu serbuk cili merah

3 sudu besar kicap manis

3 sudu besar minyak bijan

Sedikit garam


Bahan-bahan sampingan :

1 biji bawang holland – dihiris kasar

1 batang daun bawang – hiris halus

3 sudu biji bijan

Cara masak bulgogi :

Masukkan semua bahan perapan yang sudah diblender ke dalam daging. Gaul bagi rata sampai daging tu semua kena dengan campuran bahan yang diblender tadi.

Biarkan daging tadi diperap selama satu malam baru sedap ataupun 3 jam pun dah okay kot.

Selepas daging sudah siap diperap. Goreng daging dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau sampai daging masak dan jadi kering.

Kemudian tabur bawang holland, daun bawang dan biji bijan. Gaul sebati. Tutup api siap dahhh bulgogi korean kekya.

Makan bersama lettuce, kimchi dan nasi. Sedap dan sihat? Kekya cari lettuce dekat tesco takda. Dah habis. Salad biasa pun boleh. Asalkan ada tapi lebih baik pilih lettuce sebab lettuce ni ranggup sikit. Yang penting lebihkan makan sayur ya. Sihat???

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: