Resepi Ikan Siakap Kukus Simple

Resepi Ikan Siakap Kukus Simple 1

Bahan-bahan yang perlu disediakan

1 ekor ikan siakap besar

4 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 kiub pati ayam

5 cili padi

2 inci halia

1 biji tomato

1 sudu gula

sedikit daun ketumbar

1 batang serai

2 sudu sos ikan

2 sudu jus lemon atau limau nipis – buang biji

Cara-Cara Masak Ikan Siakap Kukus

Bersihkan ikan siakap dan kelar sedikit isi ikan tengah tengah tu supaya sos meresap. Sapu dan ratakan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus lemon serta air. Biarkan sekejap 5 minit

Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan Masukkan ikan siakap dalam pengukus. Campurkan sos ikan, gula dan jus lemon dan tuangkan ke atas ikan

Hiris halus bawang putih, cili padi, halia dan tabur atas ikan serta masukkan bawang besar yang dipotong halus dan tomato yg dipotong kiub. Kukus sehingga ikan masak

Siap dah. Taburkan sedikit daun sup. Selamat mencuba✌

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: