Resepi Bubur Ayam Brokoli

Bubur ayam brokoli ni kekya selalu masak untuk anak. Sesuai untuk anak yang kurang makan sayur. Bubur ni orang dewasa pun boleh makan. Lagi-lagi kalau demam sakit tekak. Tak selera makan jadi berselera. Tambah 2-3 pinggan tau bubur ayam brokoli ni tau. Resepi ni senang ja.

Bahan-Bahan Bubur Yang Perlu Disediakan

1 brokoli

1/2 cawan beras

1 isi ayam bahagian dada

1 inci halia -dihiris halus

4 ulas bawang putih – dicincang halus

1 tangkai cili merah yang tak pedas – hiris halus

Sedikit minyak olive oil

Sedikit minyak bijan

Sedikit serbuk lada putih

Air secukupnya

Garam

Cara Masak Bububu Ayam Brokoli

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai agak kekuningan.

Masukkan beras, halia dan air secukupnya.

Masukkan isi ayam yang sudah dicincang, lada merah dan brokoli

Biarkan nasi masak sampai jadi bubur. Kalau kurang air. Tambahkan air lagi. Last letak sedikit garam. Siap dihidangkan.

Taburkan sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih. Makan panas-panas. Sedapp??

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: