Resepi Sambal Daging Petai

Resepi Sambal Daging Petai 1

Hari kekya nak masak resepi sambal daging petai. Abah beli petai banyak sangat. Sambal udang petai kekya dah buat. Sambal petai pun kekya dah buat. Maii kita masak pula menu sambal daging masak petai. Resepinya mudah je. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan✌✌

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1kg Daging Lembu

1 cawan air rebusan daging

1 mangkuk petai muda

1 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 senduk cili kisar

Sedikit air asam jawa

Garam dan Gula

Cara Masak Sambal Daging Petai

Daging lembu saya masak dalam mesin presto dulu dalam masa 35 minit. Kalau biarkan 45 minit lagi lembut tapi jangan masak lama sangat nanti dagingnya hancur.

Yang penting daging kena fresh baru sedap. Kalau beli daging bahagian batang pinang lagi bagus. Rebus pun tak lama. Dagingnya lembut tapi agak mahal sedikit.

Kekya tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Lepas masukkan cili kisar. Pastikan cili kering yang sudah dikisar ni betul-betul garing dan mesti kena pecah minyak supaya makan sambal tak sakit perut.

Baru kita letak air rebusan daging. Jangan guna air masak. Kita gunakan air manisan daging yang kita presto tadi dan mesti letak sedikit air asam jawa untuk mengurangkan kepedasan tapi jangan sampai terlebih letak asam jawa. Nanti termasam pulak. Agak-agaklah yaa hehe.

Sebelum mengelegak sambalnya cepat-cepat letak garam dan gula. Lepas tu saya masukkan daging yang dah direbus tadi. Masak sampai agak kering sedikit.

Baru letak petai. Gaul sebati. Tak perlu lama masak petainya nanti tak ranggup pula. Sekadar gaulkan je dengan sambal daging. Siap makan dengan nasi panas panas sedapp. Kena pula sayur bayam masak lemak dengan labu dan ikan kering. Paduuuu..?

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: