Resepi Kari Ayam Simple

Resepi Kari Ayam Simple 1

Assalamualaikum semua. Hari ni kekya masak kari ayam simple je. Petang atau malam sikit kekya boleh buat lempeng letak santan cicah kari ayam. Minum air kopi panas??

Resepi kari ayam kekya simple je takda apa yang special..

Bahan-bahannya :
Daun kari
Santan
Sedikit air asam jawa
Serbuk kari babas
Serbuk kari adabi

Bahan tumis :
2 ulas bawang merah – dihiris
5 ulas bawang putih – dihiris
2 inci halia – dihiris
2 batang serai – diketuk
Rempah 4 sekawan

Tips masak kari :
Kalau bahan bawang dan halia tu kita blend. Serbuk kari tak perlu dibancuh dengan air. Boleh terus masuk tumis. Kalau bahan bawang semua tu kita hiris-hiris pula. Serbuk kari kena bancuh dengan air dulu.

Cara masaknya :
Tumis rempah 4 sekawan sampai agak agak kayu manis tu dah kembang. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis sampai garing dan naik bau.

Kemudian masukkan campuran serbuk kari adabi dan serbuk kari babas yang telah dibancuh dengan air. Sentiasa kacau sampai pecah minyak. Jangan sampai hangit karinya.

Lepas tu masukkan daun kari dan sedikit air asam jawa. Kacau dan masukkan ayam dan sedikit air. Tutup biarkan ayam masak sepenuhnya.

Last masukkan santan, garam dan sedikit gula. Gaul sebati. Gunakan api yang sederhana dan biarkan ia sampai mendidih sekali lagi dan tutup api. Siap?

Selamat mencuba??

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: