Assalamualaikum semua. Kekya nak share tips rawat tonsil bengkak dalam masa seminggu. Kalau kena tonsil memang perit. Kekya nak telan air liur pun susah. Rasa ada something dekat tekak dok sangkut tak lepas lepas. Tonsil ni bahaya sangat kalau kita tak cari jalan nak cegah.
Tonsil ni sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Fungsi tonsil menghalang dan menapis semua bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan
Bila tonsil dijangkiti virus atau bakteria. Itu yang tonsil mula membengkak dan rasa sakit serta susah untuk telan air liur dan makan
Kekya suluh tekak. Hahhh amik tu ada bengkak dan putih-putih dekat tonsil. Oh tidakk. Kekya nak pergi hospital amik antibiotik takut lagi-lagi tengah sibuk dengan covid19 ni. Kekya cuba elakkan pergi klinik. Kekya cuba try cara lain dulu untuk redakan tonsil ni. Alhamdulillah sekarang tonsil kekya dah okay. Bengkak dah takda. Tonsil kekya bengkak belah kanan je. Yang kiri elok ja. Antara tips yang kekya cuba
Tips Pertama Rawat Tonsil Bengkak Dengan Minum Air Lemon Panas

Kekya amalkan minum air lemon panas bila bangun pagi dan sebelum tidur. Sangat bagus untuk sakit tekak, jangkitan tekak dan tonsil. Air lemon panas memang sedia maklum dengan dua khasiatnya iaitu antibakteria, antiviral yang kuat dan bagus untuk boost immune system.
Kekya juga rajin sembelit tapi sejak kekya kena tonsil ni dan amalkan air lemon panas. Alhamdulillah dapat bantu melawaskan dan mengelakkan sembelit.
Tips Ke-2 Rawat Tonsil Bengkak Kumur Air Garam Suam
Kekya kumur air garam untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. 1 sudu garam dibancuh dengan air suam. Kemudian kumur sampai 3 kali. Kena lalukan sedikit air garam dekat tekak tapi jangan sampai tertelan pula. Pandai-pandai adjust. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.
Tips Ke-3 Rawat Tonsil bengkak Dengan Hisap Strepsil

Bila malam malam kekya rasa tak selesa dekat tekak bila nak tidur. Kekya cuba hisap strepsil untuk meredakan rasa tidak selesa dekat tonsil dan sakit tekak
Tips Ke-4 Rawat Tonsil Bengkak Dengan Minum Air Suam

Kerap minum air suam banyak banyak. Sekurang-kurangnyaa cukup 8 gelas sehari.
Tips Ke-5 Rawat Tonsil Bengkak Dengan Ambil Supplement Vitamin C

Prof Dr Linus Pauling telah mendapati vitamin C adalah sangat kritikal untuk kesihatan dan bertindak sebagai anti oksidan dengan ia melindungi protin dan lemak daripada kerosakan radikal bebas yang berkaitan dengan jangkitan kuman, senaman dan stres yang akan merosakkan sel-sel tubuh kita .
Kajian menunjukkan vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti tubuh kita dengan mengawal stres oksidatif dan meningkatkan jangka hayat sel-sel imun tubuh dan mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh akibat jangkitan kuman. Kelebihan vitamin C dapat membantu tubuh kita melawan kesan jangkitan kuman seperti virus.
Tips Ke-6 Rawat Tonsil Bengkak Dengan Kerap Gosok Gigi Dan Berkumur
Pastikan sentiasa rajin bersihkan gigi. Lagi-lagi sebelum nak tidur. Kumur pakai listerine. Lalukan air listerine dekat tekak sikit. Yang penting kurangkan makan manis sepanjang kena tonsil.
Tips Ke-7 Rawat Tonsil Bengkak Dengan Minum Air Kelapa
Kekya rajin minum air kelapa muda masa kena tonsil. Bagus air kelapa muda ni untuk antibodi. Minum tanpa ais dan gula. Bagus untuk usus. Anak kekya jenis senang sembelit. Kekya bagi minum sedikit air kelapa. Alhamdulillah mudah anak berak. Kurang sembelitnya.