Nasi Goreng Planta Hotdog

Nasi Goreng Planta Hotdog 1

Hari ni kekya masak nasi goreng planta hotdog simple je. Pagi kekya pergi pasar target awal kena beratur panjang. Sampai 2 jam beratur. Masuk pilih-pilih barang dah 1 jam. Sudah hari ni kekya masak lambat. Jadi kekya masak nasi goreng planta hotdog dulu. Petang sikit kekya masak lagi hehe.

Resepinya senang je masak nasi goreng planta. Biasa anak anak akan suka sebab tak pedas. Nasi goreng planta hotdog. Buat pula air kopi panas. Fuhhh nyamannn sedapnya?? Jomlahh kita gemok sama-sama.

Bahan Untuk Buat Nasi Goreng Planta Hotdog

Nasi

Bawang putih dicincang halus

Bawang merah dihiris halus

4 sudu planta atau butter pun boleh

5 hotdog potong bulat

Sayur carrot atau kacang

4 biji telur

Garam secukupnya

Cara Masak Nasi Goreng planta Hotdog

Nasi Goreng Planta Hotdog 3

Panaskan planta atau butter pun boleh. Fuhh bila tumis wangi sangat. Sampai jiran sebelah terbau haha? Goreng hotdog dulu dan ketepikan sekejap

Nasi Goreng Planta Hotdog 4
Nasi Goreng Planta Hotdog 5

Goreng bawang putih dan bawang merah sampai garing kemudian masukkan sayur carrot atau kacang panjang potong halus pun sedap. Kekya ada carrot je.

Nasi Goreng Planta Hotdog 6
Nasi Goreng Planta Hotdog 7

Masukkan telur. Kacau telur sampai hancur. Lepas tu masukkan hotdog, garam dan sedikit cili hiris

Nasi Goreng Planta Hotdog 8
Nasi Goreng Planta Hotdog 9

Masukkan nasi yang sudah dimasak dan sedikit serbuk lada hitam. Siap?

Nasi Goreng Planta Hotdog 10
Nasi Goreng Planta Hotdog 11

Selamat mencuba. Jemput makan semua??

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: