Resepi Donut Simple Dan Gebu

Kekya nak share resepi donut simple dan gebu. Kekya dengan family buat Hitea malam semalam. Misi gemokkan badan masih berlanjutan. Abah aisyah nak buat donut pulakk. Fuhhh padu gebu donutnya. Minum pula air kopi ais. Nikmatyyy ☕??

Bahan A

Tepung gandum cap sauh 5 cawan

Bahan B

1 ¹/2 cawan air suhu biasa

1 paket mauripan

Telur 1biji

5 sudu besar susu pekat

4 sudu besar planta

2 sudu besar gula

Cara Mudah Membuat Donut Yang Gebu


Campurkan air bersama mauripan dan rendam dalam sekejap. Biarkan selama 10minit.

Kemudian campurkan semua bahan B dengan mauripan tadi. Sebatikan semua bahan dan ramas-ramas dengan lembut je. Biarkan selama 20 minit sampai mauripan jadi kembang.

Lepas itu masukkan tepung 5 cawan sedikit demi sedikit dan uli sampai doh betul-betul lembut. Kalau doh jadi melekat dekat tangan boleh tambahkan tepung sedikit. Sedikit sahaja jangan buhh banyak yaa?.

Okayy uli lagi sampai doh tak melekat dekat tangan dan licin mulus. Biarkan doh naik lebih kurang 15 minit. Picit-picit angin yang ada dalam doh tu. Uli sekejap dan doh dah naik kali kedua. Bila doh sudah naik baru boleh buat bulat-bulat. Nak tekap boleh atau nak bulat-bulatkan guna tangan pun boleh. Jangan dilambung sudahlah??

Biarkan doh yg sudah ditekap naik kembang. Macam mana kita nak tau ia dahh naik ke belum senang je. Try angkat bila doh tu rasa ringan maksudnya dah kembang daa tu. Boleh ready untuk digoreng.

Panaskan minyak.goreng dgn api sederhana. Jangan api kecil sangat nanti serap minyak pula donut gebu tu dan jangan besar sangat nanti hangus hitam pula hehe.

Dah siap goreng boleh. Boleh ready buat topping coklat untuk donutnya pula.

Topping Coklat Guna Bahan Yang Ada Dekat Dapur Sahaja

Topping coklat kekya buat simple je. Sebab malas nak keluar beli coklat beryls. Kekya guna apa yang ada je dekat rumah. Cincai janji jadi coklatnya??

1/2 tin susu pekat

1 tin susu cair

1/2 tin minyak masak

2 senduk serbuk koko

Masukkan semua. Api perlahan sahaja nanti coklat rasa pahit bila api terkuat sangat. Kacau sampai jadi pekat. Kalau coklat rasa kurang manis tambah lagi susu pekat. Simple kan hehehe. Tunggu coklat sejuk sikit baru boleh celupkan donut tadi. Last taburkan coklat rice atau kekacang. Siap??

Selamat mencuba ??

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: