Resepi Kuey Tiaw Goreng Special

Resepi Kuey Tiaw Goreng Special Musim PKP Untuk Gemokkan Badan

Hari kekya sarapan kuey tiaw goreng dan air kopi panas sambil tengok netflix. Oohh apa nak jadi ni. Sejak pkp duduk terkurung dekat rumah kerjanya nak ker dapur je masak dan makan. Suami kekya dengan anak pun sama. Masing-masing ternak lemak.

Kekya nak share dekat korang resepi kuey tiaw special cara kekya. Kuey tiaw ni senang je bahan yang buat dia sedap buhhh ja air rebusan kepala dan kulit udang yang dikisar halus. Itu rahsianya hehe

Bahan-Bahan Kuey Tiaw Yang Perlu Ada

Sebungkus kuey tiaw – cuci bersih dan toskan
Seikat daun kucai – dipotong serong
1 mangkuk tauge
1 dada ayam – potong dadu
1 biji tomato – potong empat
2 biji telur

1 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih – diblend
Sedikit lada hitam
2 sb pes cili kering

Rahsia Paste Sos Kuey Tiaw Special Rasa Padu

4 sb kicap manis
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
Air rebusan udang – kepala dan kulit udang yang direbus

Cara Buat Paste Sos Kuey Tiaw

Rebus kepala Udang dan kulit udang sampai udang bertukar jadi oren. Lepas itu kisar sehingga halus kemudian tapis. Ambil air rebusan udang yang sudah ditapis campurkan bersama sos dan kicap

Cara Goreng Kuey Tiaw Mudah Sahaja


Panaskan minyak dan tumiskan paste bawang merah, bawang putih dan paste cili kering. Tumis sampai garing.

Masukkan dada ayam sampai ayam kelihatan masak. Kemudian masukkan paste kuey tiaw yang sudah siap campur tadi. Gaul hingga mesra. Kalau nak cair kuah kuey tiaw boleh tambahkan air masak sedikit.

Kemudian masukkan telur kacau dengan cepat sampai telur jadi hancur cantik. Baru boleh masukkan kueytiaw. Gaul sebati.

Last masukkan tomato, daun kucai dan tauge. Kacau rata semua bahan dan gaul sebati. Tutup api dan hidangkan. Garam tak perlu letakkan sebab sos ikan dan sos tiram sudah masin.

Selamat mencuba ??

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: