Nugget Ayam Homemade Simple

Nugget Ayam Homemade Simple 1
Nugget Ayam Homemade Simple 2

Hari ni kekya buat stock nugget ayam homemade frozen banyak-banyak. Senang nanti nak makan boleh terus goreng je. Kekya duk rumah kerja nak mengunyah je samalah suami dengan anak pon sama. Misi menternak lemak masih berlangsung lagi?

Bahan-bahan :
10 ketul dada ayam
1 senduk tepung ubi kayu/ tepung gandum
Sayur kobis, carrot dan daun sup
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk cili
1 kiub pati ayam
Garam

Sayur terpulang mak mak nak letak sayur apa. Kalau taknak letak sayur pun takpa. Untuk anak yang susah nak suruh makan sayur. Boleh bubuh sayur sekali dalam tu. Bukan anak tau pun. Asalkan sedap makan je?

Cara membuat nugget homemade senang jaa :

Nugget Ayam Homemade Simple 4

Blend semuanya bahan-bahan tu. Masukkan tepung gaul bagi sekata.

Nugget Ayam Homemade Simple 5

Masukkan dalam loyang kukus selama 30 minit. Dah siap kukus. Boleh potong ikut kreativiti masing masing.

Nugget Ayam Homemade Simple 6

Nak lagi sedap salutkan dengan tepung bestari original atau spicy. Gaulkan dengan serbuk roti. Serbuk roti kekya takda. Kekya guna ja tepung bestari campurkan dengan tepung beras. Panaskan minyak dan goreng. Cicah manyonis dan sos cili. Sedapp??

Selamat mencuba ?

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: