PENGALAMAN SAKIT BERSALIN YANG SUAMI TAK TAHU?

Bersalin ni memang sakit. Tak kiralah anak pertama ker atau anak yang last. Normal atau Caesar. Anak laki atau perempuan. Kalau ikut pengalaman kekya sendiri bersalin normal ada 3 fasa sakit yang kekya ingat



FASA 1:

Fasa bukaan 1-3 cm ni boleh berlanjutan sampai 24 jam atau lebih. Fasa 1 ni jugak dapat rasa contraction main main hingga contraction makin kerap. Waktu ni boleh tahan lagi walaupon muka dah berkerut kerut daa. Boleh slow slow shopping barang baby. Kemas rumah sikit sikit. Kemas barang untuk ker hospital. Kalau dah masuk ward masih boleh jalan jalan pusing ward lagi. Tahap sakit fasa pertama boleh lagi baca semua zikir yang kekya ingat dengan lancar.



FASA 2:

Waktu ni bukaan 4-6 cm. Contraction dah makin tak boleh bawa berbincang. Dah mula dah rasa cramp hampir keseluruh badan. Perut pon mengeras je waktu ni. Baring pun tak tentu arah. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Akak katil sebelah pun tak berani nak berbual dengan kekya sebab tengah menahan sakit sangat. Nak bangun pun tak mampu sampai nurse tolong suapkan kuey tiaw dan tolong pakaikan baju. Syukur Alhamdulillah masa sakit bersalin tu kekya dapat layanan nurse yang baik baik. Bacaan zikir kekya pun sudah mula terganggu dan mula berselang dengan tarikan nafas panjang menahan sakit.

 

FASA 3:

Masa bukaan 6 cm tu kekya dah kena tolak masuk labour room dah. Cepat cepat kekya minum air rumput fatimah yang suami kekya beli dekat Mekah masa umrah. Nanti ada masa kekya share kebaikan rumput fatimah ye. Sampai je labour room. Ya Allah bilik labour room sangatlah sejuk sampai mengigil kekya. Bayangkan kekya menahan contraction dan menahan kesejukan dalam labour room fuhh memang mencabar hahaha. Kekya minta nurse tolong selimutkan kekya lebih tu pun tak membantu?? Doktor pun masuk nak pecah kan air ketuban. Proses pecahkan air ketuban ni tak sakit langsung tapi lepas ketuban dah pecah dan keluar. Sakit contraction yang terlampau menggila mula menyerang. Bergoyang katil tahan sakit haha



Waktu ni bukan setakat sakit tak boleh bawa bincang tapi nak bersuara pun dah tak mampu dahh. Bola mata pon dah tak boleh fokus. Kekya hanya nampak satu potong ayat zikir tampal dekat depan dinding kekya baring. Itu jelah kekya sebut dalam hati. Suami kekya datang masuk labour room pun kekya tak hiraukan hahaha. Dah tak boleh fikir apa apa daa. Nurse suruh angkat kepala. Hmm suami kekya yang prihatin tu p tolak dengan badan badan sekali. Nak marah pun tak mampu. Suara pun tak terkeluar daa. Kekya cuma tak sabar tunggu doctor cakap TERAN!! je?



Belum lagi kekya cerita sesi kena gunting dan jahit balik lagi. Fuhh ngeri nak cerita. Kekya amik masa nak cerita pengalaman bersalin hahaha. Disebabkan ngeri bila kena jahit hidup hidup. Terasa jarum tu dicucuk. Lepas selesai semua. Makanan pun sampai. Masa tu dah lega dahh. Kekya pun mula rasa lapar pula. Kekya makanlah macam biasa tapi habis kekya muntahkan balik semua makanan tu. Tiba tiba rasa mual loya. Mungkin disebabkan ubat tu ker. Nurse yang baik ni tolong lapkan muntah kat lantai. Baju kekya kasi tukar yang baru. Ya Allah mulianya kerja akak ni. Bertapa baiknya nurse ni dekat kekya. Tak marah pun.



Itulah jelah pengalaman kekya masa bersalin yang kekya mampu cerita. Untuk ibu ibu diluar sana kekya doakan selamat melahirkan anak dengan selamat. Berpantang dengan tenang. Jangan banyak bergerak. Jaga emosi ketika berpantang. Itu saja semoga bermanfaat sharing kekya kali ni❤


Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: