18 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

  1. Muliakan ibu bapa. Doa ibubapa tiada hijab terus makbul. Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.


  2. Jaga masa. Masa datang dan pergi. Urus masa antara 5 waktu solat. Susun jadual rutin harian dan jadual kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan. Berada di masjid, sebelum azan. Masuk waktu, terus lah solat. Selepas solat, bertebaranlah berusaha mencari rezeki.


  3. Berdoa dengan bersungguh sungguh. Berserah pada Allah dan tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


  4. Kenalah berusaha. Usaha pagi petang siang dan malam. Usaha bersungguh-sungguh. Usaha bermula dengan niat. Lepas tu buat sampai dapat. Kalau tak dapat. Usaha yang lain pula.


  5. Jaga Kesihatan. Banyak kan berjalan kaki. Banyak kan minum air masak. Jaga pemakanan.


  6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan.


  7. Ikat perut dan usah membazir.


  8. Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan


  9. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan


  10. Sentiasalah belanja orang makan dan minum.


  11. Makan di kedai kecil cuba perhatikan kebersihan kedai tu. Bila bersih masuk. Dekat situ akan jumpa ramai orang susah. Belanjalah mereka makan dan minum.


  12. Waktu maghrib, elakkan berada di atas jalan dan dirumah pula tutup pintu rapat rapat


  13. Apabila dalam perjalanan, masuk waktu solat berhentilah dan cari masjid


  14. Waktu malam buang sampah di rumah. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.


  15. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar dekat youtube atau tv pun boleh. Ada kan masa untuk baca Al-Quran. Lepas Isyak buat kira kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok harinya.


  16. Jangan takut jumpa org walaupun 5 minit nak berjumpa. Pergi sendiri. Tak perlu hantar orang lain apabila berdepan dengan hal hal yang penting. Biar merangkak panjat bangunan. Biar kita ambil masa berhari hari perjalanan. Yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.


  17. Balik dari kerja. Cuba jangan cakap penat, letih dan sakit. Bila sakit cuba paksa diri untuk senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit. Kita akan lagi lebih bertenaga. Takda siapa dalam dunia ni yang tak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW. Belajar untuk maafkan semua org.


  18. Niatkan mahu kaya. Niat mahu bantu keluarga dan ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat tuu macam tulis surat. Bila salah niat. Bila salah tulis alamat. Sampai pun salah tempatlah surat tu. Maka tulislah alamat betul betul.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: