Didik anak Sebagai ‘Hamba’ supaya kelak tidak menjadi ‘Tuan’. Bunyinya macam Mak ayah ni macam tak berperikemanusiaan tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.
Mungkin ada segelintir Mak ayah yang lain tak setuju dengan kenyataan ni. Terutama Mak ayah yang lihat bahawa anak ni perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.
Pernah tak melihat seorang emak yang suri rumah sibuk buat kerja rumah sebagai contoh Si anak letak sahaja pinggan lepas makan kat singki emaknya tolong basuhkan. Kasut sekolah anak berduyun tersusun kat bilik air. Emaknya tolong cucikan. Baju sekolah emaknya tolong gosokkan walaupun sudah tingkatan lima. Apatah lagi memasak dan mengemas bilik si anak. Sedangkan emak ni punya anak yang ramai laki perempuan cukup semua tengah duduk bersenang lenang di depan TV, main handphone dan game?
Bila si emak minta tolong terus touching merungut, tak reti, malas dan beri banyak alasan. Hilang macholah rasa macam kena sagat kat atas tar jalanraya haha. Lagi teruk ada yang buat tak tau bila emaknya minta tolong. Buat macam takda apa apa. Menyesal? Marah? Tak guna..dah besar panjang daa
Budaya anak menjadi raja tak pelik dah sekarang. Sebab mereka tidak didik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua ikutkan.
Mereka tidak diajar erti kesusahan. Mak ayah orang kaya berharta tapi nak sampai tahap tu bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil kisah? Yang mereka tahu nak tu nak ni. Usaha taknak!
Bila ada yang cakap jangan manjakan anak. Ini alasan mereka..
“Kesian anak tu kecik lagi”
“Nak dera anak ke apa?”
“Janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam bibik dah. Dia bukan tahu buat pun”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” anak sampai ke tua? Silap silap bakal isteri sekali terlibat jadi hamba. Nasiblah kalau kahwin rajin pula bila isteri suruh. Maknya suruh ya ampun punyalah….
Anak yang tidak diajar kesusahan sejak kecil. Mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh. Bukan mahu Mak ayah dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak. Gunakan sahaja panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.
Bermula dari anak berumur 2 tahun. Mereka perlu diajar supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu dan paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati kesiankan anak. Jangan terlalu manjakan anak. Didiklah mereka erti susah payah sejak kecil dan ajar mereka tentang kerja rumah serta didik mereka erti kehidupan. Pupuk kesedaran dalam diri mereka. Didik anak mengenai kebersihan terutama kebersihan diri. Biasakan anak untuk ringan tulang. Anak kita, acuan kita. Didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan. Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja dan paling ditakuti bila bertukar menjadi anak derhaka.