HUBUNGAN KELUARGA JADI RAPAT MAKAN DALAM TALAM BERSAMA

Kekya selalu sangka nak bahagia perlu ada segala-galanya.

Bila makan tu kekya suka bagi satu pinggan besar tu, penuh dengan nasi sebab happy tengok suami makan banyak.

Tapi semakin lama baru kekya sedar, lebih eloknya makan sama sama. Itulah waktu bonding yang paling best.

Apa yang kekya belajar bila berkongsi makanan dalam talam atau satu dulang yang sama ni ialah kebersamaan.

Terasa berkat dan selalu cukup kat situ.

Sebagai seorang isteri, kekya selalu rasa bahagia bila kekya masak makan dalam dulang yang besar bersama suami dan anak. Sampai kadang kadang kekya tak lalu nak makan sorang sorang. Dah terbiasa makan dalam dulang sama sama.

Bila berkongsi kekya jadi tak terbiasa makan sendiri. Rasa kurang lengkap.

Kekya rasa tips bagi mana-mana isteri yang nak suami selalu ingat kat kita. Rajinlah makan dalam dulang yang sama selalu. Wajib buat atleast sebulan sekali. Bagus juga untuk anak dengar kata Hahaha?

Sambil makan boleh berbual atau bergurau sambil menghabiskan makanan. Berkasih sayang dalam berkongsi rezeki.

Segalanya terasa cukup. Makanan yang sikit terasa banyak. Yang banyak terasa berganda kenyangnya. Saat jemari bertaut dan menghadap rezeki. Disitu Allah turunkan mahabbah. Jarang makanan tak dapat dihabiskan. Sambil tu tak perlu basuh pinggan banyak sangat. Basuh satu dulang je. Kan jimat hahaha??

Bila nasi tinggal sedikit, kekya tolaklah nasi bagi pada suami bila kita nampak suami atau anak nampak nak makan lagi dan begitu juga sebaliknya. Makan dalam dulang juga dapat didik kita sikap tolak ansur. Contoh kalau tengok macam ada yang susah nak habiskan. kekya atau suami tolong tukang habiskan?

Nikmatnya..
Kita nak suami atau isteri sayang?
Kita nak anak rapat dan sayang kat kita?
Kita nak suami atau anak terasa kehilangan bila kita tak ada?

Try lah. InsyaAllah percayalah, buat sekarang dan rasakan bahagianya makan sama sama. Hubungan keluarga pun jadi rapat tau❤

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: