DUGAAN SEMASA BERTUNANG

Assalamualaikum pembaca kekya semua. Kekya nak share sikit pengalaman kekya semasa bertunang. Antara dugaan yang biasa kita hadapi ialah

  • emosi tidak stabil
  • cemburu buta
  • takut salah membuat keputusan
  • gangguan orang ketiga
  • masalah kewangan

Bulan 9 family suami kekya datang meminang kekya dan kami bertunang hanya dalam tempoh masa 4 bulan. Alhamdulillah? kami diijab qabulkan

Kekya nak share pengalaman 4 bulan masa bertunang. Dugaan yang terpaksa hadapi adalah apabila hati kian berubah dari semasa ke semasa

Dalam tempoh ni kita mula nampak kelemahan pasangan masing masing kan.

Lebih perit apabila datang semula orang yang ketiga dalam kehidupan kita. Mulalah perasaan jadi tak yakin dengan hubungan yang tengah dibina tu. Hanya dalam tempoh 3 bulan sebelum nikah datangnya orang baru. Ehh orang baru ker?? Kira ex lah?

So kekya jadi keliru dengan perasaan sendiri. Persoalannya “Betul ker nak kahwin dengan dia ni? Mulalah bermain dalam kepala?? Pening kekya wehh serius pening HAHA!! Time ni jugalah boleh senang senang je muncul lelaki yang nampak je..jauh lebih baik daripada dia.

Perasaan mula berbelah bagi..

Saya solat istikharah. Mengadu dekat Allah apa yang kekya tengah rasa sekarang ni dan Allah maha mengetahui keesokan harinya kekyaa rasa lebih tenang sangat dan hati ni jadi lebih kuat dan yakin mengatakan yang suami kekya adalah jodoh terbaik untuk kekya. Berdoa kunci utama kekya. Bersungguh sungguh dan sentiasa berdoa tanpa putus asa. Ingat hati bukan milik kita. Hati kita milik Allah. Jangan merayu dekat manusia tapi merayu gila gila dekat Allah.

Bulan 12 kekya sah bergelar isteri kepada suami kekya dgn sekali lafaz. Alhamdulillah. Doakan kami sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Amin

Pada yang sudah bertunang dan yang akan bertunang kekya nasihatkan hati kena kuat. Jika ada masalah cerita je dekat Allah. Pertahankan hubungan yg sudah dibina

Bukan senang kita nak bina masjid. Betul tak?? Kita bina masjid wehh bukan pondok pondok haha?

Banyak kan berdoa supaya takda bisikan atau hasutan daripada syaitan yang nak meruntuhkan hubungan kita

Itu sudah pasti saat kita menjadi tunangan orang. Engkau akan nampak perempuan atau lelaki lain dekat luar sana tu yang jauh lebih baik daripada kau. Percayalah bahawa itu semua kerja syaitan yang berusaha meruntuhkan hubungan ikhlas yang telah dibina.

TETAPI! Bila kita pilih dia, kenal dan jatuh cinta dekat dia. Tengok tengok dia ni tak sesuai dgn kita. Keluarganya pula tak suka bakal menantu yang anaknya pilih atau belum apa apa bakal tunang dah angkat tangan atau sebagainya. Kita boleh putuskan pertunangan. INGAT!! Pertunangan adalah sesi perkenalan jika tak sesuai boleh putuskan. Orang yang putus tunang tidak ada sebarang calar pun pada peribadi diri dia

Semoga kekya share pengalaman kekya ni dapat membantu pembaca kekya yang tengah dilema semasa bertunang sekarang ni. Terima kasih sudi membaca penulisan kekya. Love you all?

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: