Tips Pilih Calon Menantu Bukan Hantu

Cara Interview Calon Menantu Lelaki

Pakcik tak mintak banyak pon dekat calon menantu pakcik ni. Hantaran pakcik tak minta pun. Majlis besar besaran sampai 5-6 khemah pon pakcik tak mintak pon dekat kamu. Cukuplah kamu bagi anak pakcik mas kahwin dan pakcik sendiri akan buat majlis kenduri sederhana buat kamu dan anak pakcik. Dengan syarat calon menantu lelaki pakcik ni kena lulus apa yang pakcik dah siap letakkan syarat dekat kamu

Tiga Syarat Untuk Calon Menantu Lelaki

Syarat pertama kamu untuk menjadi menantu pakcik senang je. Tak susah pon nakk..Pertama kamu adalah seorang lelaki yang memang jaga solat bukan baru nak jaga solat ya. Kena faham dua konsep tu. Solat Jumaat kamu tak tinggal. Kamu juga dah tahu basic seperti Surah Al-Fatihah, Doa Iftitah (Walaupun doa iftitah itu sunat tapi kalau kamu salah baca jadi lain maksudnya), Doa Qunut, Doa Tahiyat Awal dan Akhir, Surah Al Ikhlas, Surah Al-Kafirun, Ayat Kursi dan pandai baca Al-Quran. Kamu juga sudah tahu apa itu Solat Jamak dan Qasar. Kamu tahu apa itu Ilmu Faraid. Kamu tahu apa itu Ilmu Munakahat supaya kamu tidak menzalimi pasangan masing-masing

Syarat kedua kamu seorang lelaki yang pandai buat kerja rumah seperti memasak, basuh pinggan, mengemas rumah, basuh baju, sidai baju, bersihkan kipas senang cerita ringan tulang. Kalau dekat rumah kamu ada tolong tak mak ayah kamu buat kerja rumah??

Kenapa Pentingnya Lelaki Pandai Buat Kerja Rumah

Kamu nak tahu kenapa pentingnya lelaki pandai buat kerja rumah. Okay pakcik nak tanya kamu dua soalan

Soalan Pertama Kenapa Lelaki Perlu Pandai Buat Kerja Rumah

Waktu itu kamu ada duit cukup cukup makan jer. Nak minta tolong mak atau mak mertua kamu pun tak boleh sebab mereka bekerja. Isteri kamu pula bersalin berpantang selama sebulan lebih atau tunggu sampai luka bersalin tu sembuh dalam 2 minggu. Selama sebulan atau 2 minggu tu?? Siapa yang kena masak, basuh baju, sidai baju, sapu luka bersalin isteri, sapu minyak angin dekat tapak kaki isteri, siapa yang nak tolong panaskan batu tungku untuk isteri, tidokan anak meragam dan sebagainya? Kamu atau isteri kamu buat sorang??

Soalan Kedua Kenapa Lelaki Perlu Pandai Buat Kerja Rumah

Kalau anak kamu berak siapa yang basuh?? Kamu sanggup ker bergilir dengan isteri mandikan anak dan basuh taik anak sampai umur dekat 2 tahun?? Kamu perlu tahu dan bijak bahagikan masa jaga anak sama-sama bukan semua tolak dekat isteri. Dengan alasan kamu mencari rezeki.

Syarat Last Untuk Calon Menantu Lelaki

Syarat ketiga kamu bukan seorang panas baran. Kamu juga tak hisap rokok sebab pakcik sendiri tak hisap rokok. Jadi pakcik taknaklah anak dan cucu pakcik sakit dan mati sesak nafas sebab kamu hisap rokok. Kamu juga seorang yang bertanggungjawab dan rajin.

Tips Untuk Kenal Bakal Menantu Lelaki Lagi Dekat

Tips untuk kenal bakal menantu lelaki. Kita kena kerap ajak bakal menantu lelaki tidur dekat rumah dalam 2-3 hari untuk tengok sikap, tingkah laku dan adabnya. Ayah-ayah tengok dia bangun tak pergi masjid solat subuh tanpa ada sesiapa pun kejut. Ayah-ayah perhatikan je dia ada datang dapur tak tolong tolong dekat belakang. Ker duduk je kat depan silang kaki ngadap henfon. Ayah-ayah cuba test tolak bakal menantu lelaki ke depan suruh jadi imam solat jemaah sama sama. Tengok boleh jadi imam tak orangnya. Ayah-ayah kalau bakal menantu lelaki lulus semua tu bolehlah ajak dating berdua sarapan esok pagi makan roti canai banjir berdua✌

Cara Interview Calon Menantu Perempuan

Ibu-ibu yang nak interview calon menantu perempuan sama juga macam interview menantu lelaki.

Tiga Syarat Untuk Calon Menantu Perempuan

Syarat pertama calon menantu perempuan seorang yang memang jaga solat bukan baru nak jaga solat. Dia juga dah tahu basic seperti Surah Al-Fatihah, Doa Iftitah, Doa Qunut, Doa Tahiyat Awal dan Akhir, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Kafirun, Ayat Kursi dan pandai baca Al-Quran. Dia juga sudah tahu apa itu Solat Jamak dan Qasar. Dia tahu apa itu Ilmu Faraid. Dia tahu apa itu Ilmu Munakahat supaya tidak menzalimi pasangan masing-masing

Syarat kedua calon menantu perempuan juga pandai buat kerja rumah seperti memasak, basuh pinggan, mengemas rumah, basuh baju, sidai baju senang cerita ringan tulang. Kalau dekat rumah ada tolong tak mak ayah buat kerja rumah?? Ker tau dok bilik bangun lambat keje main henfon je. Lepas bangun tidur tinggal makan je. Tak reti tolong mak ayah kat dapur.

Syarat ketiga kalo boleh carilah yang lemah lembut, tutup aurat dan hormat orang tua. Nak lasak boleh tapi bukan kasar.

Tips Untuk Kenal Bakal Menantu Perempuan Lagi Dekat

Tips untuk kenal bakal menantu perempuan. Kita kena kerap ajak bakal menantu datang rumah untuk tengok sikap, tingkah laku dan adabnya. Ibu-Ibu tengok dia pandai solat tak. Perhatikan dia ada datang dapur tak tolong tolong dekat belakang. Perhatikan cara dia layan orang tua.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: