TIPS KAWAL SEMBELIT SEBULAN SEBELUM BERSALIN DAN KETIKA BERPANTANG

TRAUMA SEMBELIT SELEPAS BERSALIN?

Masa mengandung anak pertama kekya selalu sembelit. Lagi risau bila due date tak lama lagi. Pening dok fikir macam manalah kekya nak poo poo ni kalo asyik sembelit je kerjanya. Masa berpantang tu solution yang kekya ada hanya bergantung pada ubat pelembut najis novolax je sepanjang 2 minggu berpantang. Oooww seriau oii masa tu nak poo poo. Biasalah anak first semua tak tau. Takda pengalaman.

Alhamdulillah anak kedua ni kekya adalah sedikit ilmu yang tak seberapa ni yang boleh kekya share dekat ibu ibu semua.

TIPS KAWAL SEMBELIT SEBULAN SEBELUM BERSALIN DAN KETIKA BERPANTANG

Jom sama sama kita amalkan macam mana nak kawal sembelit sebulan sebelum bersalin. Ibu ibu juga boleh terus amalkan tips yang kekya share ni sampai ibu sudah bersalin. Jadikan tips atau resepi ni sebagai breakfast ibu semasa berpantang.

TIPS HILANGKAN SEMBELIT SEBULAN SEBELUM IBU BERSALIN

1. Minum banyak air kosong. Elakkan dehidrasi. Rajin minum air kosong dapat membantu najis ibu lebih lembut dan senang untuk dilepaskan.

2. Makan makanan berserat tinggi dan fiber terutamanya buah-buahan. Makanan yang tinggi serat sangat membantu ibu melawaskan penghadaman. Contoh buah tropika yang mudah ibu-ibu cari seperti betik, nenas dan jambu batu. Dekat bawah ni kekya selit satu resepi untuk korang.

RESEPI KUDAPAN WAJIB PADA WAKTU MALAM SEBULAN SEBELUM BERSALIN

Bahan-Bahannya :

Buah kering
– Kurma
– Aprikot
– Kismis
– Prune
– Buah tin

Gunting kecil-kecil. Campur dan masukkan dalam satu bekas. Simpan dalam peti ais

Kekacang
– Almond
– Biji labu
– Kuaci
– Walnut

Almond tu kalo ibu dah tak larat nak hiris halus. Ibu boleh pergi beli almond yang sudah siap dihiris dekat bakery. Campurkan semua dan masukkan dalam satu bekas.

Cara makannya :
Rendam 4 sudu makan rolled oat, 1 sudu kecil chia seed dengan susu fresh milk atau full cream. Nak pakai susu tepung pun boleh. Biarkan oat dan chia seed tu kembang selama sejam dulu. Baru boleh letak madu, yogurt asli, buah kering dan kekacang. Gaul sebati. Siap boleh dimakan sebagai kudapan waktu malam atau breakfast pada waktu pagi untuk ibu berpantang.

3. Selalu bersenam ringan. Contoh rajin rajinlah bersihkan toilet sebab nanti bila berpantang ibu ibu juga yang rajin guna toilet kan hehe. Kerap berjalan. Elak duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

4. Jangan tahan berak. Tak boleh tahan tahan berak yaa. Bila ibu lagi tahan berak. Lagi susahlah najis nak keluar sebab najis yang keras tadi dah berkumpul. Bila ibu rasa nak poo poo terus segera ke tandas. Jangan ditangguh- tangguh.

5. Ambil satu sudu makan minyak zaitun setiap hari pada waktu pagi

6. Elakkan minum air kopi, milo dan teh buat sementara waktu. No more tealive boba?

7. Amalkan berak mencangkung untuk memberi tekanan pada perut dan usus. Elakkan berak guna tandas duduk. Lepas bersalin baru boleh guna kaedah tandas duduk ya.

8. Ambil makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt asli atau kimchi

9. Ambil supplement minyak ikan omega 3

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: