TIPS GEMUKKAN KUCING

Kekya memang suka kucing parsi tapi komitmen jaga tu memang leceh sikit tapi kalo korang rajin boleh je kan hehehe. Sepanjang kekya bela Abby hidung kemek ni. Kekya akan selalu lap mata dia sebab memang selalu ada taik mata Hahaha. Mungkin hidung dia kemek kot. Bulu pula kena selalu sikat. Paling sikit pun sikatlah dua kali sehari pun dah okay daa. Jangan tak sikat langsung. Memang bulu dia bergumpal lah jawabnya.

Biasa makanan biskut harian Abby kekya akan bagi makan Royal Canin Exigent. Biskut ni bagus untuk kucing yg suka memilih makan. Macam abby ni dia tak boleh tersalah makan sikit. Nanti mesti dia cirit birit. Masa raya kekya hantarlah abby dan anaknya empat ekor dekat klinik veterinar swasta untuk jagakan. Balik tu terus cirit birit sebab makan wet food dekat klinik tu?

Jaga kucing cirit birit memerlukan kesabaran yang tinggi tau. Lagi lagi 5 ekor serentak cirit birit. Bayangkan bertapa huru haranya jamban diorang Hahaha. Biasa abby amik masa juga nak pulih. Dalam seminggu lebih juga nak hilang cirit birit. Sama jugak anaknya.

Kedua kekya akan bagi kucing kekya makan dada ayam yang dah direbus. Kekya blend kering halus bagi senang abby dan anaknya makan. Bagi ayam rebus 3/4 kali seminggu.

Seminggu sekali kekya akan bagi telur kuning sahaja. Yang putih tak nak tau. Kuning sahaja ya. Telur kuning memang bagus untuk bulu kucing. Kucing kekya memang suka gila telur kuning hahaha. Licin dijilatnya dengan mangkuk sekali nak digigit.

Minyak ikan pula ni akan bagi bila tak sempat nak bagi diorang makan ayam rebus atau telur kuning. Biasanya minyak ikan ni kekya akan bagi sebulan sekali atau dua kali. Tengok keadaan kucing aku macam mana lahh.

Vaksin memang wajib untuk elak kucing terkena apa apa jangkitan yang serius. Kalo sakit macam mana nak gemok kucingnya kan. Ubat cacing dan ubat kutu pun sama kena ambil berat. Kena rajin tengok. Kalo terkeruk sana sini tu hmmm ada kutu lah tu hahaha?

Last sekali kalo kekya mandikan kucing. Dah siap keringkan bulu semua. Kekya akan bagi kucing jajan. Kiranya macam bagi hadiah lahh dekat kucing kekya sebab diaorang berjaya dimandikan. Lepas daa penat takut air takut hair dryer semua tu. Akhirnya dapat jajan. Kucing kekya memang happy lah dapat jajan. Sampai berebut bagi jajan. Lepastu kucing kekya akan tido dengan lena. Perut kenyang badan bersih. Lena terus hahaha

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: