SERIK

Wahai isteri-isteri diluar sana yang aku sayangi.

Aku faham perasaan mu. Aku faham sedih mu. Carilah pendapatan mu. Kuat dan sabarlah. Tahan dan simpanlah sedih mu.

Janganlah engkau guna walaupun sedikit duit daripada suami mu jika dia tidak suka engkau gunakan duitnya sesuka hati. Carilah duit engkau sendiri walaupun perit.

Sabar dan tahanlah daripada membeli sesuatu walaupun engkau mahu membeli buah buahan dan lauk pauk untuk anak kesayangan mu yang baru lepas sakit ditahan wad. Tahanlah membeli sesuatu sedangkan engkau lihat baju anak mu senteng, lusuh dan berdaki.

Aku tahu engkau sedih. Engkau nangis. Engkau geram. Rasa ingin menjerit, lari, menyesal dan sebagainya. Tahanlah…

Carilah duit engkau sendiri walaupun engkau tak tau. Engkau buntu nak cari kerja dimana sementara itu dalam otak engkau dok fikirkan anak mu yg bakal ditinggalkan. Dok kesian anak mu itu perlukan kamu. Dok fikir tak sanggup nak hantar orang lain jaga anakmu. Teringin nak jaga anak mu sendiri tapi engkau perlukan pendapatan sendiri untuk beli segala keperluan diri dan anakmu tanpa perlu minta izin daripada suami mu untuk membeli sesuatu. Tanpa perlu dengar ungkitan dari suami mu kerana gunakan duitnya sesuka hati. Tanpa perlu dengar suami mu kata engkau mencuri duitnya. Tanpa perlu dengar suami mu berkata engkau itu hanya tahu menghabiskan duitnya sahaja.

Buatlah sesuatu untuk diri dan anakmu. Kenapa engkau lemah. Kenapa engkau bodoh. Kenapa engkau mengharapkan orang lain. Kenapa engkau bodoh sangat guna duit suami mu. Serik!

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: