Resipi Kuih Raya Cheese Tart Magnum Buncit

Sebenarnya cheesetart magnum ni dah lama viral betul tak? Cheese Tart Magnum sangat sesuai dijadikan hantaran, hadiah dan hidangan dessert untuk apa-apa majlis keraian. Lagipun raya dah nak dekat dah ni. Idea ni boleh buat cheesetart magnum untuk open house. “Baru class gitu ko Maria!!!”. Cheese tart Magnum ni lagi best kalau dimakan sejuk-sejuk. Kena pula pada waktu hujan memang tak boleh berhenti menyuaplah jawabnya. Kekya suka tengok cheesetart yang gebu, buncit dan tak mendap selepas sejuk.

Sangat berbaloi bila kita dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit penuh cream cheese bersalut pula dengan coklat dan badam hancur. Bentuknya pula comel dan rasanya sedap membuatkan orang ramai ketagih saat menikmatinya. Tak sedar habis sudah sebekas. Kalau nak beli dekat luar boleh tahan juga harganya. Bagi pengemar-pengemar cheesetart magnum boleh cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Nur Dayana

Resepi Untuk Shell Tart

260gm Butter

100gm Gula icing

500gm Tepung

1 Biji Telur

1 sudu besar air sejuk

Sedikit esen vanila

Cara-Cara Membuat Shell Tart Dengan Mudah

Kacau butter dan Gula dalam bekas hingga sebati. Nak senang kacau pakai tangan sahaja. Bila sudah sebati masukan telur. Gaulkan lagi dan baru masukkan pula esen vanilla dan air sejuk. Last sekali masukkan tepung gandum. Uli sebati sampai jadi doh ya? Tekan doh dalam acuan tart. Buang kalau ada lebihan doh dekat tepi acuan. Cucuk bahagian tengah doh  dengan garfu. Bakar dalam oven yang telah dipanaskankan dengan suhu 180 C selama 20minit. Bila shell tart sudah nampak macam keperangan maknanya dah masaklah tu.

Resepi Untuk Cheese

250gm cream chesee tatura (cheese dikeluarkan dari peti ais 15 minit awal)

1 sudu kecil telur (telur yang sudah siap dikacau sebati)

50gm Gula icing

Cara-Cara Membuat Cheese Yang Gebu

Putar cream cheese sekejap sampai sebati. Jangan putar lama ya. Nanti cair?. Kemudian masukkan gula icing dan putar sampai sebati. Last baru masukkan satu sudu kecil telur dan putar sekejap sahaja.

Cara-Cara Paip Cream Cheese Di Dalam Shell Tart

Susun shell tart dalam tray dan masukkan cream cheese dalam piping bag. Gunting hujung piping bag sama besar dengan lubang shell tart. Paipkan cream cheese dengan memegang piping bag secara membukit tinggi ya. Kalau nak lagi cream cheese tu buncit. Boleh paip cream cheese lagi tinggi dan penuh. Ada nozel besar lagi senang di gunakan. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit. Tart yang sudah masak bila kita boleh pegang shell tart dengan jari dan cheese tidak melekat pada tangan.

Cara-Cara Membuat Coklat Magnum Yang Cantik

Sukatan untuk magnum agak-agaklah ya. Sedikit coklat bar apa-apa jenama pun tidak kisah. Cairkan coklat bar dengan guna kaedah double boil kan atas periuk. Jangan lupa isikan air sedikit dalam periuk. Bila sudah cair coklatnya masukkan pula sedikit butter. Kacau sampai pekat. Sejukkan sekejap.

Bila cheesetart sudah siap sejuk semua. Baru celup dengan coklatnya. Lepas itu boleh terus tabur kacang badam hancur dekat keliling cheesetart magnum tu. Sudah siap cheese tart magnum boleh letak dalam peti ais ?.

Try laa. Pasti sedap?

Puas makan bersama dengan family. Berbaloi jimat pun ya?

Tips Penting Untuk Cheese Tart Magnum

Sebelum bakar cheesetart, celup dulu hujung jari dekat air masak dan tekan dekat tanduk tajam cheese yang dah dipaipkan tu kasi kemas bulat baru cantik buncitnya

Biarkan cream cheese dan butter letak dekat bahagian chiller bawah peti ais. Agak-agak macam tak keras sangat dan masih sejuk lagi tapi jangan sampai cream cheese cair dengan suhu bilik. Biarkan cream cheese masih sejuk sedikit baru sesuai diputar.

Cheesetart yang sudah siap boleh simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais untuk tahan lebih lama

Shell tart kalau malas nak buat boleh beli dekat kedai bakery. Lagi senang tinggal buat topping je. Hehe

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: