Resepi Tomyam Simple Habis

Resepi Tomyam Simple Habis 1

Hari kekya terasa nak makan sup-sup macam tu. Tak nak makan yang berminyak. Jadi kekya masak tomyam simple yakmat. Rebus je semua. Takda tumis-tumis.

Tips Kuah Tomyam pekat Dan Rasa Tomyam Yang Kuat

Tomyam ni senang jaa nak buat kuahnya pekat dan rasa padu. Lengkuas, daun ketumbar dan akar ketumbar tu kunci utama dan wajib ada.

Lagi satu kalau nak dapatkan pekat kuahnya kita buhhh lar susu cair atau santan. Kebanyakkan menu tomyam juga yang selalu kita order bila makan dekat luar kan. Kekya paling suka tomyam Chiang Mai orang kelantan buat. Fuhhh padu..cengginii kekya bagi??

Pernah sekali first time Kekya masak tomyam potonglah nipis sebijik macam kekya hiris ayam kecik kecik. Sama bentuk. Sudah abah aisya dok pikir itu ayam. Dimakannya lengkuas macam ayam tu. Abah dok gelak-gelak. Nak nanges pun ada. “Ni apa nii mak hang potong lengkuas macam ayam ni hahahaha??

Bahan-Bahan A Yang Diperlukan Untuk Tomyam

4 ketul ayam bahagian dada – hiris nipis-nipis baru sedap

1 biji bawang holland – potong empat

3 ulas bawang putih – diketuk

2 batang Serai – diketuk

2 inci lengkuas – diketuk

4 cili padi – diketuk

Akar ketumbar

4 paket paste tomyam merah adabi

2-3 cawan air

1 kotak kecil susu segar

Bahan-Bahan untuk sayur ikut kesukaan masing-masing

Setengah Bunga kobis

1 batang Carrot

1 paket Cendawan

Cara-Cara Masak Tomyam Simple

Masukkan kesemua bahan A kecuali susu segar. Rebus sampai mendidih. Baru masukkan sayur carrot dulu. Seterusnya bunga kobis dan cendawan. Last baru masukkan susu cair. Pastikan api diperlahankan. Gaul sebati. Siap tomyam campak rebus-rebus simple kekya.

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: