Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Hai Assalammualaikum semua. Apa Khabar? Sihat semua. Hari ini kekya nak masak siput sedut masak lemak cili api. Abah aisya request menu ni.

Ceritanya pagi tadi pergi pasar beli bahan basah untuk stock seminggu. Kekya tengah sibuk dok pilih bawang tiba-tiba abah tersengih-sengih letak sebungkus siput sedut dalam troli. Aikk saya suruh awak amik ikan jaa. Awat amik siput sedut sekali?? Abah “Awak sedapnya hari ni masak siput sedut masak lemak cili api”

Hmm kekya plan nak masak kari hari ni tapi abah teringin nak makan siput sedut pulak. Ni kalau takda playar abah oii…jenuh nak kerat bontot siput ni hahaha. Siput sedut kalau kekya makan dekat kedai semangkuk je dah mahal. Ini kan nak amik makan banyak-banyak. Lebih baik beli siput sedut sekilo masak sendiri. Baru boleh abah makan puas-puas. Kekya tak berapa minat sangat siput sedut. Sebab leceh kerja nak sruttt sruttt tak habis-habis. Orang yang rajin dan tekun jer boleh makan siput sedut. Kekya malas hahaha??

Dulu masa kekya umur 12 tahun macam tu. Kekya pernah ikut ayah dan pektam pergi ke hutan bakau di belakang rumah atok kutip siput sedut untuk dijual. Dulu siput sedut besar-besar. Senang cari. Pengalaman yang best kutip siput sedut haha.

Ayah selalu pesan masa kutip siput sedut. Siput sedut yang kecik-kecik jangan diambil buang balik bagi siput ni membesar. Kalau yang kecik pun diambil tak sempat siput menetas. Kita kena jaga alam sekitar nanti kita tak dapat cari siput sedut lagi

Masa nak beli siput sedut kena pastikan siputnya masih hidup. Kalau nampak siput tu melekap kat plastik dan terkeluar kepala dia maknanya hiduplah tu. Beli siput sedut dengan lumpur-lumpurnya sekali menandakan siput itu sihat.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api 1

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Masak Siput Sedut

1 kg siput sedut

1 kotak santan

2 batang serai – ketuk

2 keping asam keping

2 helai daun kunyit – dihiris halus

Sedikit garam dan gula

Bahan-Bahan Yang Perlu Ditumbuk

1 ulas bawang merah yang besar

3 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup

1 inci halia

10 tangkai cili api kampung

Cara-Cara Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Basuh siput bersih bersih dengan menggunakan berus. Bilas sampai betul betul bersih airnya. Rendam dalam air garam seketika. Tos dan potong bahagian ekor siput pada ruas ke 3 dari atas dengan menggunakan playar. Guna playar sangat praktikal mudah dan cepat tapi kekya cari playar tak jumpa. Jadi kekya guna je pisau nak cepat.

Basuh lagi siput yang sudah siap dipotong sampai bersih supaya takda serpihan kulit siput yang tertinggal.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api 4
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api 5
Kekya masukkan kentang 2 biji yang telah dipotong empat juga

Tumis bahan yang telah ditumbuk bersama serai dan asam keping ke dalam kuali sampai pecah minyak.

Masukkan siput sedut, santan dan sedikit air masak. Kena sentiasa gaul sampai sebati untuk elakkan santan pecah minyak. Kalau nak kuahnya pekat buhh lagi santan. Kalau nak banyak kuah buhh lah lagi air ikut citarasa masing-masing. Abah tak minat kuahnya cair. Jadi kekya buat pekat sedikit kuahnya

Masukkan garam, gula dan hirisan daun kunyit. Kacau menggunakan api perlahan sehingga kuah mendidih kecil dan tiada buih buih dalam kuah. Siap dah boleh makan. Laparr dah ni. Selamat mencuba✌

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: