RESEPI SAYUR BAYAM DENGAN CENDAWAN

Hai pembaca kekya tengah buat apa tu. Dah masak ker belum?? Hari ni kekya nak share resepi sayur bayam dengan cendawan. Resepi masak sayur bayam dengan cendawan senang je. Macam masak sayur biasa. Cuma kekya nak share dekat korang teknik buat bahan untuk menumis sayur tu jadi sedap. Jadi bila bahan menumis dah paduu. Masak sayur pun rasa sedaplah kan.

Bahan-Bahan Resipi

● Seikat sayur bayam bulat

● Separuh cendawan tiram

● 2 biji bawang

● 3 biji bawang putih

● 2 sudu makan ikan bilis

● 3 cili kampung (kalo nak pedas. Taknak pedas tak buhh pun takpa)

Nota Untuk Resepi Sayur Bayam Dengan Cendawan :

Sayur bayam elakkan pilih bayam yang pahit. Pernah kekya beli bayam yang batangnya hijau pekat selalu pahit. Jadi kekya lebih suka pilih bayam bulat yang batangnya warna hijau agak cerah sikit macam gambar kat atas.

Cara Masak Sayur Bayam Cendawan Dengan Cendawan :

Siang sayur bayam dan asingkan batang dan daun bayam siap-siap.

Hiris dulu dua biji bawang merah.

Barulah kekya boleh tumbuk bawang merah yang dah dihiris, bawang putih, cili dan ikan bilis.

Ada orang dia terus tumbuk je. Malas nak hiris hiris banyak kerja tapi kekya suka hiris dulu. Terpulang pada korang. Kekya nak bawang yang ditumbuk tu cantik bila kekya tumis nanti. Bawang merah jadi garing garing macam tu. Tengok gambar dibawah kan cantik hasil bahan tumis yang kekya tumbuk. Tak lumat sangat. Sedang sedang je.

Biasanya kekya suka buh cili bila masak sayur tapi hari ni kekya tak buat bubur untuk anak. Jadi kekya buhh satu cili je. Asalkan adalah rasa pedas sikit pun jadilah kan. Nanti buat pedas anak tak nak makan. Kerja nak minum air jerr?

Dah siap tumbuk. Baru kita tumis. Pastikan minyak betul betul panas. Masukkan bahan tumis dan terus kacau. Biarkan sampai bahan tumis tu jadi garing garing sikit.

Baru kita masukkan batang sayur bayam dulu. Masak sampai batangnya lembut

Batang sayur bayam dah agak lembut sikit. Barulah boleh masukkan daun bayam. Gaul sampai sebati.

Daun sayur bayam sudah agak layu sikit. Kita masukkan pula cendawan tiram. Kalo nak masukkan cendawan lebih pun takpa. Lagi sedap.

Masukkan garam dan gaul sebati. Ada orang dia suka sayur ada kuahnya banyak ataupun nak sayur tu goreng kering. Terpulang. Macam kekya tak buh air pun. Sebab sayur tu dah basah. Jadi air dari sayur tu dah ada. Adalah kuahnya sikit. Nak banyak kuah buhh air lagi.

Siap dahh masak sayur bayam dengan cendawan kekya. Suami suka sayur bayam letak cendawan. Laju dia makan. Hidang nasi panas panas. Ayam goreng bersama sambal belacan pun jadi. Sedappp…

Selamat memcuba✌

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: