Resepi Sardin Special Style Kekya

Hari ni kekya masak simple je resepi sardin special untuk abah aisyah. Extra sayur lebih sikit. Yang penting nasi panas dan kena ada sambal belacan. Baru laju makan? Confirm menambah nambah nasinya.

Bahan Resepi Ikan Sardin Special Style Kekya Simple je

2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili
1 batang serai
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
Bunga kobis, tomato dan carrot
Garam

Cara Masak Resepi Ikan Sardin

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili sampai agak bawang tu nampak macam dah nak garing kekuningan macam tu.

Baru kita masuk sayur kecuali tomato ya. Biarkan sayur tadi separuh masak.

Kemudian masukkan sos, kicap, garam secukuo rasa dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan mendidih sekejap.

Sudah mendidih masukkan pula sardin. Lebih baik pilih tin sardin tomato sos bukan yang mackerel ya. Last masukkan tomato dan garam. Gaul dan biarkan mendidih sekejap. Tutup api dan siap dihidangkan.

Nota Tambahan Daripada Kekya

Ikan sardin dan ikan mackerel. Apa bezanya??

Ikan sardin sedap sikit dan teksturnya agak lembut. Saiz ikan sardin lebih kecil tapi bilangannya lebih banyak berbanding ikan mackerel.

Ikan mackerel pula teksturnya agak keras dan tak mudah hancur. Saiznya lebih besar berbanding ikan sardin. Tapi dapat sikit je 3 ketul. Kena belah dualah ya. Jimat sikit.

Korang suka yang mana? Ikan sardin atau ikan mackerel? Kekya suka sardin sebab teksturnya lembut hehe.

Sardin – Selayang
Mackerel – Kembung

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: