RESEPI SAMBAL BELACAN INDONESIA

Hai assalammualaikum. Hari ni kekya nak share resepi sambal belacan pyorr dari Indonesia. Biasanya kalo kekya pergi jalan jalan kat Melaka. Kekya selalu pergi restoran Indonesia makan nasi ayam penyet dan bakso kat situ. Korang nak tau sambal belacan yang diaorang letak atas meja tu yang paduu. Bila makan pedas tapi nak lagi. Tak berhenti nak amik sambal belacan indonesia dekat Melaka tu. Cicah dengan terung pun jadi. Laju je makan. Resepinya mudah je

RESEPI SAMBAL BELACAN INDONESIA 1

Bahan-bahan Resepi Sambal Belacan :

  • 1 biji bawang
  • 4 cili lada besar merah
  • 10 cili kampung
  • 12 cili padi
  • 1 biji tomato
  • Belacan

Tips Penting Untuk Masak Resepi Sambal Belacan

First kita kena belah dua kesemua jenis cili dan bawang merah. Tomato belah empat. Senang nak gorengkan. Cili tu kalau tak dibelah dua. Kita main masuk je dalam kuali. Kang masa tengah goreng tetiba cili tu meletup letup. Habis lari lintang pukang nanti. Belacan secukupnya.

RESEPI SAMBAL BELACAN INDONESIA 3

Cara Masak Resepi Sambal Belacan :

Lepas tu, kekya goreng semua bahan dia atas sampai agak garing sedikit. Barulah kekya blender bahan yang dah digoreng sekejap tadi. Blender sekejap jee tak perlu halus. Kasar kasar sikit.

RESEPI SAMBAL BELACAN INDONESIA 4

Dah blend kekya tumis sambal belacan ni lagi sekali. Letak gula dan garam secukupnya. Okay siap dah sambal belacan Indonesia. Stok sambal belacan untuk seminggu. Tak boleh kalo takda sambal belacan. Kekya rasa tak lengkap hehe.

RESEPI SAMBAL BELACAN INDONESIA 6

Tips Untuk Resepi Sambal Belacan Lagi Sedap

Ohhh ya kalau korang ada daun limau purut. Bolehlah hiris halus-halus lalu masukkan dalam sambal yang ditumis. Rasa dia sebiji macam sambal kat Melaka yang diletakkan dekat atas ayam penyet.

Selamat mencuba semua✌

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: