Hari kekya masak awal sikit. Kekya share resepi nasi lemak ayam crispy. Sejak pkp ni kekya busy. Setiap pagi pergi tengok kebun sampai tak update blog. Satu apa kekya tak menulis hehe.
Alhamdulillah pokok semakin gemok dengan jayanya akibat tuannya kena perintah berkurung dekat rumah. Baja, air dan kasih sayang semua cukup kekya bagi.
Kalau tak kerja kekya nak balik kampung je. Pkp ni nak balik kampung tak boleh. Jalan ditutup. Silap-silap kena sebat dengan askar. Jadi kerja kekya belek-belek pokok. Tambahkan tanaman untuk hilangkan boring kekya. Kekya tengok movie sampai tak tau dah nak tengok movie apa haha.
Bahan Untuk Membuat Nasi Lemak
2 cawan beras
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
1 kotak santan kara
1 kiub pati ayam
3 helai daun pandan
1 cawan air coway
Sedikit gula dan garam
Cara Masak Nasi Lemak
Kekya basuh dulu beras sampai bersih tapi ingat jangan buang air berasnya. Simpan boleh siram pokok kat luar tu. Tak mau membazir.
Lepas dah basuh beras. Kekya hiris bawang merah dan tumbuk manja-manja bawang putih, halia dan serai. Masuk semua bawang, halia dan serai dalam periuk beras tadi.
Kemudian masukkan santan, pati ayam dan tiga helai daun pandan disimpul elok-elok. Hahh rahsia kekya buhh pati ayam yang buat nasi lemak jadi sedap. Last masukkan 1 cawan air coway, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sebati dan masukkan periuk nasi ke dalam rice cooker.
Bahan Untuk Membuat Sambal Ikan Bilis
Segengam ikan bilis – dikopek dua
1 biji bawang – dihiris
2 senduk cili kisar
2 sudu makan air asam jawa
Gula dan garam
Bahan yang perlu diblender :
5 ulas bawang merah kecil
7 ulas bawang putih
Separuh belacan
Cara Masak Sambal Ikan Bilis
Kekya goreng dulu ikan bilis dan ketepikan sekejap. Minyak lebihan goreng ikan bilis tu. Kekya terus masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Tumis sampai naik bau.
Tumis tadi dah mengelegak. Masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak. Nanti sakit perut kalau sambalnya tak betul-betul masak?
Masukkan gula dan garam secukupnya. Gula lebih pun takpa. Sambalnya manis sedap.
Lepas tu baru masukkan dua sudu air asam jawa, bawang merah yang dihiris dan tambahkan sedikit air kalau sambalnya terlalu pekat. Jangan buh banyak asam jawa nanti masam sambalnya.
Last baru masukkan pula ikan bilis yang digoreng. Gaul sebati.
Bahan Ayam Goreng Crispy
Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili
Sedikit Serbuk lada hitam
Info : Ayam goreng ni tak perlu garam sebab tepung bestari dah masin
Cara Masak Ayam Goreng Crispy
Kekya bancuh tepung bestari, serbuk cili dan serbuk lada hitam bersama air masak ngam-ngam untuk 6 ketul ayam. Bancuhan tepung bestari jangan terlalu pekat ataupun cair. Sederhana sahaja.
Kekya cucuk ayam pakai garfu dulu supaya perapan bancuhan tepung meresap dalam isi ayam. Perap selama 3 jam. Makin lama perap makin lembut isi ayam.
Sediakan salutan tepung untuk ayam yang diperap. Campurkan 1 senduk tepung bestari dan tepung gandum serta 1/2 senduk tepung beras.
Kemudian ambil ayam yang sudah diperap tadi. Salutkan ayam dengan campuran tepung sampai sekata. Buat seketul-seketul dengan penuh kesabaran sebab kalau letak ayam banyak-banyak dekat tepung nanti jadi tak cantik dan salutan tepungnya jadi tak sekata. So kena sabar masa nak bedak ayam.
Sudah siap salutkan ayam dengan tepung. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana. Biarkan ayam masak dengan tenang.
Bahan sampingan :
Kacang tanah digoreng dan timun dihiris.
Selamat mencuba semua✌?