Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade

Resepi ni asalnya dari mak kekya sebenarnya tapi kekya update sikit letak carrot dan hotdog atau bebola daging bakso. Resepi spaghetti bolognese ni terkenal waktu kekya STPM dulu. Sebab kekya selalu masak untuk kawan-kawan makan dalam kelas ramai-ramai.

Resepi spaghetti bolognese ni memang sesuai sangat untuk korang yang nak hidang dekat tetamu, nak buat open house atau birthday. Sebab budak budak pun boleh makan. Resepi spaghetti sos bolognese ni. Kekya buat sos sendiri sesuai ikut citarasa tekak orang melayu kita. Tak terlalu masam sangat. Tak terlalu pedas sangat. Ngam ngam jer pedasnya. Dagingnya pula banyak tak kedekut. Kalau ada bebola daging bakso masuk seketul seketul fuhh padu.

Kekya memang tak beli sos puri tomato dekat tin tu. Rasa rugi beli tu sebab mahal dan dapatnya pun sikit je. Tak puas nak makan kuahnya. Jadi itu yang kekya  try buat sendiri sosnya hehe. Habislah ni kalau orang Italy nampak kekya upgrade resepi tradisi turun temurun diaorang. Menangis terus orang Italy?? Terus tak laku sos prego.

Ada orang dia rasa pelik masam sos spaghetti ni. Ingat lagi masa open house atau makan-makan untuk raya tak silap kekya. First time kekya masak untuk kawan sekerja mak mertua kekya. Yelahh takut juga nak masak resepi spaghetti ni. Sebab yang datang bukan mat salleh dan bukan orang Italy tapi makcik makcik pyorr melayu yang nak dekat pangkat nenek dah. Tambah pula diaorang memang pyorr tekak melayu pula? Kang ada yang tak makan pula spaghetti kekya ni. Nangis kekya nanti?

Alhamdulillah diaorang suka. Mula-mula je diaorang pelik rasa masam tu. Sekali tengok menambah pula. Sampai mak mertua cakap kawannya teringin nak makan lagi spaghetti kekya. Tanya bila kekya nak buat lagi spaghetti tu. Dulu suami kekya pun sama tak berapa reti sangat nak makan spaghetti bolognese ni. Sekarang dia pulak terlebih western request nak makan spaghetti sebab sos kekya buat ni sedap. Boleh diterima tekak melayu dia kata. Sampai sushi dan makanan korea kekya buat pun dia telan??

Untuk sos ni kekya pakai fresh tomato potong kiub kecik kecik. Memang agak leceh. Kena rajinlah nak buat sos spaghetti ni sebab banyak kerja memotong sayur dan bawang. Kalau cincang lagi halus bawang merah dan bawang putih lagi sedap. Lebihkan bawang sedap manis. Tapi biasa kita orang malaysia ni kadang takda masa nak buat homemade sos sendiri. Nak cepat pakai sos dalam tin je senang. Tapi kalau nak buat banyak better buat sosnya sendiri. Berbaloi? Ohh yaa sos spaghetti ni juga boleh guna buat topping pizza atau makan dengan roti tau.

Resepi Sos Bolognese

Nota : Resepi kali ni kekya buat kuantiti banyak sikit sebab nak bagi jiran-jiran sekali. Kuantiti sos bolognese ni ngam-ngam untuk 2 paket spaghetti.

Bahan-Bahan :

2 Paket spaghetti tak kisah jenama apa

3 Paket daging kisar Brand Ramly

500g sos cili

500g sos tomato

1 Sudu makan oregano leaves

Sedikit garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu dipotong kiub :

Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 3

7 Biji bawang merah – di potong dadu kecil

10 Ulas bawang putih – cincang halus

5 Cili merah atau hijau – cincang halus

20 Biji tomato – potong dadu

2 Batang lobak merah – dipotong dadu kecil

6 Hotdog cheese ayamas – potong dadu

15 Bebola daging bakso – kekya tak sempat beli. Kalau korang ada. Boleh masukkan ya.

Cara Mudah Masak Sos Spaghetti Bolognese

Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 4
Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 5

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sampai bawang nampak kekuningan.

Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 6

Masukkan daging kisar pula masak sampai dagingnya agak sedikit garing.

Kemudian masukkan hotdog yang dipotong kiub tadi. Goreng sekejap.

Baru boleh masukkan tomato dan carrot. Masak sampai tomato tadi jadi lembut dan pekat. Kena sentiasa gaul.

Last masukkan sos cili, sos tomato, oregano leaves, garam dan sedikit gula. Kacau sampai kuahnya sebati bersama sos tadi. Biarkan mendidih lagi sekali. Tutup api. Dahh siap sos spaghetti kekya.

Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 10
Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade 11

Untuk mee spaghetti pula. Rebus mee spaghetti dengan sedikit minyak masak sampai masak. Tujuan supaya mee spaghetti tak melekat antara satu sama lain ya. Jadi cantik mee tu satu satu lerai macam tu.

1 thought on “Resepi Mudah Sos Spaghetti Bolognese Homemade”

  1. Assalamualaikum sis… tq perkongsian resepi homemade sos bolo… saya nak minta pendapat sis, sukatan yang sis listkan, untuk berapa orang makan?

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: