Resepi Mudah Kek Coklat Berhantu

Kek coklat berhantu kacau pakai senduk kuali je. Kek confirm jadi? Tak perlu risau kalau takda mixer

Assalamualaikum semua. Ni first time kekya share resepi kek coklat berhantu dekat sini. Ini salah satu resepi kekya selalu guna untuk meniaga. Resepi agak nampak renyah tapi sebenarnya mudah je kalau dah cuba.

Alhamdulillah kekya boleh dapat dalam seribu lebih dalam masa 3 hari dengan hanya jual kek sahaja. Kek kekya banyak dijual secara offline dekat student Uthm dan supermarket.

Semoga resepi yang kekya share ni dapat membantu suri rumah meniaga kek dengan lebih maju lagi lepas pkp ni.

Bahan yang perlu diayak dulu :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
1/2 sudu kfc soda bikarbonat
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko

Bahan yang perlu dikacau sampai jadi gebu :

6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu makan ovalate
2 sudu kfc emolco coklat

********
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air panas

Cara membuatnya :

Kacau dulu telur, gula, ovalate dan emolco coklat sampai jadi gebu habis. Sudah gebu biarkan bahan kacau tu kembang. Kali ni kekya buat untuk makan saja saja dengan bagi sedikit dekat jiran dan pekerja office suami.

Bahan yang dikacau tadi dah kembang. Masukkan pula satu cawan susu pekat dan minyak masak. Kalau tak nak manis boleh kurangkan sikit susu pekatnya. Kacau sebati.

Kemudian masukkan tepung yang diayak tadi. Kacau semua. Last masukkan 3/4 cawan air panas dan kacau sampai sebati.

Isi bahan adunan kek ke dalam bekas SQ450 kukus pakai stimmer selama 30 minit.

Kek dah siap kukus cepat cepat terbalik macam ni ya untuk elak kek yang berwap. Nanti cacat kek tu. Bila sudah sejuk belah dua kek tu.

Bahan Topping Cream Cheese

500g cream cheese
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
3/4 cawan susu segar full cream

Blend semua bahan topping cream cheese. Tapi jangan lama-lama. Nanti cream cheese cair sangat pula. Dekat sini ken hati-hati ya. Tak sedap bila cream cheese terlalu cair sangat.

Bahan Untuk Topping Coklat

500g coklat beryls dark compound
1 1/2 cawan whipping dairy
2 sudu makan butter
2 sudu makan gelatin
1/4 air panas

Masukkan coklat beryles, whipping dairy dan butter ke dalam pengukus. Sudah cair tiga bahan tu. Kacau je dan bagi rehat sekejap. Sekurang-kurangnya sampai jadi agak pekat sikit. Letakkan di dalam suhu bilik

Kemudian masukkan gelatin dan air panas. Campurkan dan kacau sampai sebati

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: