
Siapa sini peminat horlick. Hahhh sekarang kekya ada satu resepi kek yang ada rasa horlick sikit iaitu resepi kek coklat velvet horlick cheese. Perkongsian resepi dari Puan Azlina Ina. Kekya dah try buat dah guna resepi ni. MasyaAllah sedap. Keknya gebu dan rasanya sesuai untuk kekya yang minat sangat horlick.
Bagi sesiapa yang nak guna resepi untuk buat jualan. Sukatan yang kak ina bagi boleh dapat dalam 20 hingga 25 box. Kiranya sukatan sesuai untuk jualan.
Bahan-Bahan A Yang Perlu Dibiarkan Selama 10 Minit
1/2 cawan susu segar
1sb cuka masakan
1 sk emolco coklat
Bahan-Bahan Yang Perlu Di Mix Sampai Kembang dan Gebu
5biji telur
1 sb ovalate
1 1/2 cawan gula halus
1 sk esen vanila
1 sk emulco red velvet (ada jual dekat bakery ya)
Bahan-Bahan Yang Perlu Diayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam halus
1 sk baking powder
Cara-Cara Masak Kek Coklat Velvet Horlick Cheese
Masukkan tepung kacau sampai sebati dan masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau lagi bagi betul-betul sebati lagi
Masukkan ke dalam acuan sebanyak 1/4. Panaskan dulu pengukus. Baru boleh kukus selama 15 minit guna api yang besar. Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.
Topping Cheese Yang Perlu Diblender Sampai Sebati
500gm cream cheese jenama tartura
1/2 tin susu pekat 1cawan
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
Sudah siap blender topping cheese. Tuangkan pulak dekat atas kek dan cucuk-cucuk pakai garfu. Ayakkan horlicks atas kek kemudian parutkan cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek. Sudah siap dan simpan kek dalam freezer beku.