Resepi Ayam Paprik Tomyam

Step by step resepi ayam paprik tomyam. Resepi mudah cepat 15 minit je dah siap. Cukup semua ada ayam dan sayur dengan satu sajian je hahaha. Kekya tinggal masak nasi je. Senangkan. Betul tak? Takyah masak banyak nohh menu?

Resepi Ayam Paprik Tomyam 1

Resepi Ayam Paprik Tomyam

Bahan-bahan yang perlu ditumis :

3 biji Bawang merah – potong empat

4 ulas Bawang putih – cincang halus

2 inci halia – cincang halus

1 batang serai – diketuk

7 cili kampung – diketuk

2 sudu makan paste tomyam

2 helai daun limau purut – kalau ada boleh letak sekali

Bahan-bahan lain :

3 ketul dada ayam

1 sudu makan sos tiram

2 sudu makan sos cili

1 sudu makan sos tomato

1 sudu kecil kicap manis

Bahan-bahan sayur :

1 batang carrot

4 kacang panjang

Separuh bunga kobis

Nota : sayur ikut suka hati korang nak potong lagu mana.

Cara Masak Resepi Ayam Paprik Tomyam

Tumis bawang putih, halia, cili dan serai sampai kekuningan serta naik bau.

Resepi Ayam Paprik Tomyam 3

Lepas masukkan 2 sudu makan paste tomyam tak kisah brand apa. Kacau dan tumis sampai pecah minyak sekejap.

Masukkan pula campuran sos tiram, cili, tomato dan kicap tadi. Kacau rata sampai sebati.

Kemudian masukkan sedikit air masak sebab kering sangat. Ikut koranglah nak kuah banyak mana ya. Baru masukkan isi dada ayam. Gaul semua sampai ayam dan sos bercampur elok. Biarkan ayam masak dan mendidih sekejap.

Resepi Ayam Paprik Tomyam 5

Last masukkan sayur carrot dulu. Baru masukkan bawang merah dan bunga kobis. Gaul sekejap dan biarkan sayur carrot dan bunga kobis tadi separuh masak. Ohh ya jangan lupa masukkam sedikit garam ya.

Resepi Ayam Paprik Tomyam 7

Barulah kekya masukkan kacang panjang. Gaul sebati dan tutup api. Siap. Kacang panjang tak perlu masak lama sangat. Sekejap je. Biar kacang tu makan ranggup ranggup baru sedap.

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: