Kekya pernah ada sedikit batu karang dan air kencing kotor. Alhamdulillah berkesan kekya cuba tips daripada Dr Hamid Arsyat.
Kekya beli apple hijau yang segar dan blend pakai mesin buah. Nak dapatkan 1 liter air epal hijau. Kekya perlukan lebih kurang 15 biji apple hijau. Kekya cadangkan buat sampai tiga kali tips treatment ni.
Petua Pertama Keluarkan Batu Karang

Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut
Hari ke-6 jangan makan malam
Pada pukul 6 petang hari ke-6 juga makan satu sudu camca garam Epsom iaitu magnesium sulphate. Boleh dapatkan di farmasi
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
Pukul 10 malam pula campurkan satu cawan iaitu 250 ml extra virgin Olive oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh. Nak dapat setengah cawan jus lemon. Kekya perlu perah 3 biji lemon dan campurkan olive oil dengan jus lemon dan minum.
Insyaallah hari ke-7 buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.
Air kelapa muda bagus untuk air kencing kotor. Minum satu biji air kelapa setiap hari. Bagus juga untuk ibu-ibu yang mengandung. Biasa ibu mengandung akan selalu ada masalah air kencing kotor. Minum air kelapa muda tanpa gula dan ice. Antara khasiat air kelapa muda
- Membantu sistem penghadaman
- Merawat air kencing kotor
- Mengawal berat badan
- Menurunkan tekanan darah
- Kaya dgn Nutrien dan Vitamin
- Mengawal Gula dlm darah
- Mengawal pH badan
Petua Kedua Untuk Hancurkan Batu Karang
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
Kelapa muda saiz kecil
21 biji lada hitam
Cara-Cara Membuatnya :
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus ke dalam kelapa muda. Kacau dan minum sampai habis. Insya Allah batu karang akan hancur dan keluar bersama air kencing