MICELLAR WATER! APA YANG KITA PERLU TAHU?

Micellar Water ialah molekul minyak berbentuk bebola kecil yang dipanggil “Micelles” yang disatukan ke dalam air yang bersifat lembut.

Secara ringkasnya:
Micellar berasal daripada perkataan Micelles iaitu minyak dan water air lah kan hehe

Micellar Water ni fungsi dia menarik kekotoran yang berasaskan minyak seperti mekap, minyak (sebum) berlebihan yang dihasilkan oleh kelenjar minyak. ️Air pula melarutkan kekotoran yang boleh larut dengan air iaitu peluh, debu dan kekotoran ringan yang lain pada permukaan kulit wajah

Disebabkan sifat Micellar Water ni lembut, melembapkan dan menyegarkan kulit, maka ianya amat sesuai sangat untuk dipakai pada kulit yang sensitif, kulit yang kering dan kulit wajah yang mudah berjerawat.

Malah Micellar Water boleh digunakan sebagai pencuci muka, menanggalkan mekap yang nipis dan pelembap

Namun Micellar Water bukanlah produk yang sempurna. Bagi wanita yang selalu amalkan rutin mekap tebal seperti menggunakan foundation, maskara dan lipstik. Membersihkan mekap terlebih dahulu dengan makeup remover adalah wajib! Jangan hanya bergantung kepada Micellar Water

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak pula, penggunaan Micellar Water lebih digalakkan untuk diikuti dengan produk pencuci muka (cleanser) seperti biasa

Adakah anda seorang pengguna Micellar Water? Jika ya, apakah jenama Micellar Water yg anda gunakan. Kalau saya Micellar Water jenama simple hehe

NOTA: Sejarah kewujudan dan penggunaan Micellar Water adalah daripada Perancis dan manakala orang Korea pula amalkan double-cleansing bukan pakai Micellar Water.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: