Resepi Kek Pandan Salt Caramel Cheese Leleh Viral

Hai Assalammualaikum. Kekya hari ni nak share dekat korang resepi Kek Pandan Salt Caramel Cheese daripada Puan Azlina Ina. Yang bagusnya akak Ina tak pernah kedekut nak bagi anak-anaknya resepi kek yang dia jual. Baik hati betul Kak Ina ni. Okayy siapa dekat sini pengemar kek pandan tambah pula topping ada cheese. Makan sejuk-sejuk. MasyaAllah sedapnya. Nikmat? Kek pandan cheese kalau nak beli dekat luar mahal. Apa kata kita buat sendiri dekat rumah. Berbaloi dan puas kita makan sambil tengok movie korea kan. Lagi-lagi tengah musim hujan ni. Asyikkk…??✌ Nampak macam remeh je buat kek pandan salt caramel cheese ni tapi sebenarnya tak pun?

Bahan-Bahan Kek Yang Perlu Diayak Dulu

2 cawam tepung gandum (200g)

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil cream off tartar (Macam serbuk baking powder juga. Ada Jual di kedai bakery)

Bahan Yang Kena Mix Sampai Gebu

6 Biji telur

1 Sudu besar Ovalate

1 cawan gula halus (160g)

1 sudu besar perisa  pandan coconut

1 sudu besar pewarna hijau apple

Bila bahan mix dah gebu masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Jangan lupa slowkan mixer ya✌

Dah habis masukkan tepung. Dah sebati semua baru boleh masukkan pula 1/2 cawan butter (60g) yang dicairkan. Cairkan butter awal-awal baru sukat pakai cawan. Perlahankan mesin mixer dan tuang habis butter cair tadi. Okay dah siap.

Panaskan kukus terlebih dahulu dan masukkan pula bahan kek yang siap tadi dalam bekas SQ450. Kukus selama 10 minit untuk api yang besar.

Kek dah siap kukus. Cepat cepat keluarkan kek dan terbalikkan supaya kek tak mendap.

Bahan-Bahan Topping Cheese Yang Perlu Diblender Sebati

500g cream cheese

1/2 tin susu pekat

2 cawan whipping dairy

1/2 cawan susu segar (Kalau nak lagi pekat tambah lagi susu segar. Nak susu full cream atau fresh milk pun boleh)

Dah siap blender. Tuang atas kek dan cucuk-cucuk sikit pakai garfu

Caramel buat awal-awal siap. Buat banyak pun takpa haihh. Boleh simpan dalam suhu bilik yang bertutup.

Cara Buat Salt Caramel Yang Padu

Buat awal caramel akan pekat dan cantik. Simpan dalam suhu bilik sahaja dan tutup elok-elok.

1 kotak whipping (1 liter). Pastikan whipping dairy dipanaskan sekejap ya. (Lepas gula nak cair baru panaskan okay). Boleh letak whipping 1 liter dalam loyang. Panaskan dalam oven 5 minit macam tu. Kiranya 2 action dalam satu masa.

1kg gula halus

Masukkan gula dalam kuali dan perangkan dengan api perlahan. Biarkan gulanya cair.

Masukkan 5 sudu besar butter kacau sikit dan tambahkan sedikit garam halus. Kacau rata semua sekali

Lepas tu terus masukkan whipping tadi dan terus kacau sampai likat. Siap dan biarkan semalaman

Biarkan semalaman. Hiaskan caramel tadi atas cream cheese macam dalam gambar dan tarik pakai pencungkil gigi mula dari tengah.

Letakkan hiasan crunchy de hawaian coconut flakes. Boleh beli dekat kedai bakery. Cuma crunchy de hawaian coconut ni agak mahal sikit. Kalau coconut flakes biasa teksturnya kering. Yang de hawaian coconut flakes ni teksturnya basah-basah sedap sangat. Bahagian keliling bekas tu boleh letak lebihan kek pandan. Tabur kelilingnya.

Letakkan dalam peti ais bahagian chiller selam 3-4jam. Baru boleh makan sejuk-sejuk

Cadangan jual harga kek Pandan Salt Caramel Cheese RM17 untuk bekas SQ450. Harga paling rendah boleh letak RM12

1 thought on “Resepi Kek Pandan Salt Caramel Cheese Leleh Viral”

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: