KASIH SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA

Seorang isteri bertanya kepada suaminya : “Apakah saat paling bahagia didalam hidup awak?

Suaminya memandang muka isteri dan berkata : “Saat itu belum terjadi lagi..”
Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi.. “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

Suaminya lalu berkata lagi jika saya(suami) mati dulu awak mandikanlah jenazah saya, Andai awak(isteri) pergi dulu sebelum saya. Saya akan mandikan jenazah awak”

Si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada…
bagai tak disangka… keesokan harinya, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya.. ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..


Masih tersimpan di genggamannya nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :

”biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa”

seorang isteri menangis menahan sebak di dada.
nak mandikan jenazah suami dia bapak mertua dgn polis forensik tak bagi.
Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. “jika saya(suami) mati dulu awak mandikanlah jenazah saya, Andai awak(isteri) pergi dulu sebelum saya. Saya akan mandikan jenazah awak”..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?

Lalu ustaz tu kate tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. Ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang aku sayang tetapi Allah lebih sayangkan awak.. Moga Allah ampunkan dosa awak dan satukan kita di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk saya dan anak-anak masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anak. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata “Dengan kaki ini awak keluar mencari rezeki untuk saya dan anak-anak, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih awak. Semoga Allah beri awak kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “Terima kasih awak kerana saya terlalu bahagia sepanjang menjadi isteri awak. Terima kasih kerana meninggalkan saya bersama permata hati kita sama seperti diri awak.

Dan saya sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Ya Allah menitis airmata admin terbaca cerita ni.
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.

“Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu.”

Kesimpulan dari cerita ni:
Ini baru kasih hamba kepada hamba. Belum kasih tuhan kepada hambanya. Kasih Allah luas. Luas seluas-luasnya.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: