JANGAN BERHARAP!

Zaman ni kekya cun melecun. Pakwe pun budak universiti dulu hahaha

Jangan berharap orang akan sayang diri kita.

Jangan berharap orang akan hargai kita

Jangan berharap akan ada orang sentiasa ingat diri kita



Kalau tiada siapa yang sayang diri kita. Siapa lagi yang nak sayangkan diri kita. Kalau bukan diri kita sendiri.



Jadi sayangilah diri sendiri. Buatlah apa apa perkara pun hanya untuk diri sendiri. Bercantik cantiklah untuk diri sendiri. Bukan untuk suami bukan untuk boyfriend dan bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri. Bila kita buat sesuatu untuk orang lain. Suatu hari nanti kita akan ada rasa kecewa, sakit hati dan sedih pada orang itu. Jadi bergembiralah untuk diri sendiri. Biarlah ada sedikit kepentingan diri sendiri. Jangan fikirkan orang lain. Fokus pada diri sendiri.



Kekya paling takut bila masa berlalu dengan cepat 2016, 2017, 2018 ehh sekarang dah 2019 dahh. Tahun depan dah nak masuk 2020 tapi kekya langsung tiada perkembangan dalam kehidupan kekya. Dari segi agama kekya, ilmu apa yang sekarang kekya dah belajar, ekonomi keluarga, apa yang kekya dah berjaya dapat bagi dekat keluarga, anak kekya dan adik beradik sendiri. Fikir benda tu jadi serabut sebenarnya. Rasa macam kekya sia siakan masa hari tahun yang ada.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: