Impian Kekya

Impian kekya nak kaya tapi bukan kaya yang yang kekya sampai tak tau duit itu nak buat apa. Sampai jadi membazir. Cukuplah kaya yang Allah redha. Mak ayah, adik beradik, anak-anak, abah aisya, pak mertua dan ummi nak minta apa sahaja. Kekya mampu bagi tanpa berkira-kira. Tak perlu risau duit ni cukup ker dak ni.

Bila dah tua. Nak duduk Muar. Nak ada tanah sendiri yang besar cukup untuk 3 buah rumah iaitu rumah kekya ditengah, kanan rumah mak ayah kekya dan kiri rumah umi mak mertua. Senang nak pantau kalau diaorang sakit atau nak perlukan apa-apa.

Nak ada tanah yang luas. Nak tanam sayur. Takyah beli sayur petik kat kebun sendiri je. Bestnya dapat tanam tanam. Sihat organik. Dapat keluar peluh.

Nak 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki atau 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Jika Allah bagi rezeki nak ada anak kembar. Hehe tapi tularr takut nak bersalin.

Nak ada satu rumah taman Batu Pahat.

Ada kereta Velfire atau Alpard senang untuk abah oustation nak pergi talk mana mana. Myvi untuk kekya pergi pasar. Hilux untuk angkat barang dan untuk abah pakai. Sebab abah ni jenis tak reti jaga kete. Yang dia tahu enjin tayar okay..jalann? Migrain kekya. Bukit pun dia lenjan naik. Jadi abah kalo nak lenjan biar dia p bawa hilux. Nak naik bukit mor ker. Nak lalu sungai berliku ker. Lantak hang larr??.

Nak ada satu kedai kek. Nak semua kek kekya ada disemua pasar raya dan petrol pump.

Nak hantar mak ayah pergi Haji.

Kekya kena pastikan ekonomi keluarga stabil. Duit dah cukup, rumah dah ada, kereta, tanah dan segala keperluan dah cukup. Anak-anak pun dah besar. Sudah ada keluarga sendiri.

Kalau boleh kekya tak nak harapkan duit anak. Kita sendiri yang kena standby harta sendiri untuk hari tua. Kekya taknak susahkan anak-anak. Satu hari anak-anak pun ada kehidupan mereka sendiri. Ada tanggungjawab yang diaorang kena pikul. Ada masalah dan susah mereka sendiri yang diorang tak cerita pun dekat kita. Tak perlu desak anak-anak. Cukuplah mereka tak susahkan kita. Doa yang baik-baik sahaja.

Kekya nak dengan abah je. Nak dating dengan abah je sebab tak puas dating dengan abah. Abah ni sombong betul. Geram betul kekya tengok dia hahahaha? Yang pasti kesihatan juga kena baik. Jadi dah tua nak rehat. Umur 40 tahun kalau boleh kekya dan abah tak nak cari duit lagi.

Nak fikir tambahkan amalan. Pergi masjid naik motor dengan abah. Pergi pasar tani dengan abah. Semuanya dengan abah jelah. Abah awak jangan macam macam ea. Gatal siap awak. Mak kekya pesan jangan cerita buruk anak dekat anak yang lain. Jangan laga-lagakan mereka. Cakap yang baik-baik je. Menantu pula jangan keluarkan kata-kat yang tak baik. Sebab apa yang kita cakap tu satu doa. Layan macam anak sendiri. Doa yang baik-baik.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: