IKTIBAR! ANAK YANG SOLEH

Kalau sayang mak ayah kita. Takde cara lain. JADILAH ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. Itu saja cara untuk membalas segala budi baik mak ayah kita. Jadi HAMBA ALLAH YANG TAAT. Sebab doa anak-anak yang soleh dan solehah dimakbulkan Allah dan kita juga dok sibuk bercakap tentang abam bocey yang ramai orang dok sembahyangkan dia tapi kita tak amik tahu kenapa ramainya orang sembahyangkan dia. Kita kenalah amik iktibar supaya berusaha menjadi anak yang soleh untuk ibubapa kita.

Anak Yang Soleh Memuliakan Ibubapa Dan Berbakti Dengan Penuh Rasa Sayang Seikhlas Hati

Allah akan muliakan bila seseorang itu memuliakan Allah. Seorang anak memuliakan ibu dia. Itu perintah Allah ker perintah siapa? Tidak ker dia memuliakan Allah. Lalu Allah muliakan dia. Kena jadi anak yang soleh. “Lahh macam mana saya nak jadi anak yang soleh. Mak saya dah takda daa. Ayah saya pun dah takda?”

Pentingnya Doa Seorang Anak Yang Soleh Untuk Kedua Ibubapanya

Seorang anak yang soleh yang sentiasa mendoakan bagi kedua ibubapa dia. “Bila kita mati terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh” Masih ada peluang untuk kita jadi anak yang soleh walaupun mak ayah kita dah takda. Doalah sebab anak yang soleh sahaja boleh mendoakan mak ayah kita.

Balasan akan Dapat Setelah Apa Yang Kita Buat Pada Arwah Ibubapa

Hari ini ada bagi Al-Fatihah dekat Mak ayah kita. Arwah mak kita. Arwah ayah kita. Takda?? Kalau dalam bulan ini kita tidak ingat arwah mak kita. Arwah ayah kita. InsyaAllah Allah akan balas sama macam yang kita buat. Nanti anak kita pun tak akan ingat dekat kita macam mana kita buat dekat arwah mak ayah kita. Jangan risau. Kita akan dapat benda yang sama.

Amalkan Rutin memaca Tahlil Untuk Arwah Ibubapa Setiap Bulan

Kalo boleh himpunlah semua adik-beradik, anak-anak dan cucu setiap bulan bacakan tahlil untuk mak ayah kita. Apa amalan yang kita buat semasa hidup. Kita akan dapat balik. Kalau kita sendiri lupa dengan arwah mak ayah. Besok anak-anak akan lupa dengan kita dan biarkan kita dekat kubur macam mana kita biarkan orang tua kita.

Jangan Lupa Kirimkan Al-Fatihah Untuk Arwah Ibubapa Kita

Apa salah sehari sekali kita kirim Al-fatihah dekat mereka. Tak akan nak tunggu ramadhan. Tak akan nak suruh orang masjid bacakan tahlil untuk mak ayah kita. Bagi Rm10 dekat masjid untuk bacakan tahlil. Kedekut taik hidung masin betul. Mak ayah bagi kita bukan Rm10. Beribuuu tau.. Dia besarkan kita dari kecil sampai dah menikah. Kita sampai berjaya sekarang ni. Atas barakahnya kedua orang tua kita.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: