IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA ALA ALA THAI

Kekya nak share dekat korang Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Ala Thai Gituuu..

Bahan untuk ikan :

  • 1 ekor ikan siakap
  • serbuk kunyit
  • garam

Bahan potong dadu:

  • 1 biji tomato
  • separuh timun
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit nenas madu barulah rasa manis kow kan haha
  • separuh cili benggala. Tak kisahlah merah, hijau, kuning ker

Bahan untuk sos pula :

  • 3 ulas bawang putih
  • lengkuas seconet – hiris halus
  • 5 biji cili padi
  • 2 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut – hiris halus
  • sos tomato
  • sos cili
  • air sedikit
  • garam
  • gula

Cara masak :
Gaul ikan dgn serbuk kunyit, tepung sikit supaya ikan tak melekat dekat kuali Kekya yg berkilat tu. Goreng ikan angkat dan ketepikan

Lepastu Kekya tumis bawang putih, lengkuas, serai dan cili padi sampai naik bau

Masukkan pula daun limau purut, sos cili, sos tomato. Kacau biar bagi rata gitu. Masukkan pula air sedikit. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa dan biarkan sekejap

Last masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut atau pecah minyak. Tuangkan sos ke atas ikan siakap yang Kekya goreng tadi tu. Okayy ikan siakap kekya dah siappp..

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: