FIRST TIME PENGALAMAN TANAM POKOK SAYUR

Kekya saje nak cerita kat korang. Kalo korang jenis tak minat menanam mungkin agak tak suka baca story kekya kali ni hehehe. Kekya memang suka sangat tanam sayur. Sebab bila nak masak senang petik je kat luar rumah. Rasa happy keluar waktu pagi jirus pokok. Rasa segar. Udara pun best time tu.



Kekya pernah tanam pokok kobis dah cantik dah dia membesar tapi mati sebab terlalu lama sangat balik kampung. Kekya kalo balik kampung memang lama bole jadi sekejap je. Tapi bole jadi juga cecah sebulan dok kampung hahaha. Sampai tak ingat balik rumah sendiri?

FIRST TIME PENGALAMAN TANAM POKOK SAYUR 3
Pokok daun kari yang dapat diselamatkan?

Tanam juga pokok pudina, pokok oregano sedap daun ni buhh kat spageti. Pokok stevia untuk maniskan air kalo kekya acah acah teringin nak diet cut gula hahaha. Sayang pudina dan stevia ni perlukan air setiap hari.


Pokok bendi kekya memang tumbuh membesar dengan jayanya. Suami aku kata macam semak dahh hahaha (kuang asam) tapi pelik bila bendi dah berbuah. Awat bendinya bau hancing ekk hahahaha. Sampai jiran tegur lawa pokok bendi. Last last aku tebang pokok bendi dan pokok pandan bila aku syak apahal rumah aku banyak nyamokks ni. Hahaha aku pantang kalo ada nyamokk. Musuh aku tu. Habis aku togelkan kebun mini aku. Aku tinggalkan sikit je. Jiran pun sedih awat aku p tebang pokok bendi tu hahahaha



Bayam brazil ni senang pula nak jaga walaupun aku balik kampung punyalah lama. Bayam brazil senang hidup. Potong batangnya. Lepas tu cucuk kat tanah lain. Hidup terus. Pokok pegaga pun sama senang jaga?



Pokok limau nipis aku pula hmmm tak habis habis daun aku kena makan dengan ulat hijau tu. Sedih aku. Tinggalkan kayu pokok je. Daun elekk. Ada tak solusi untuk selesai masalah ulat makan daun limau nipis aku ni. Huahuaa help. Kesian pokok limau nipis aku. Daun kari aku pun sama hampir togel tapi sempat aku balik aku bunuh semua ulat tu. Kalo takk nak masak kari takda daun kari kan payah ?(Opss jgn kecam aku. Aku dah buat cara paling suci dah. Buang ulat tu jauh jauh. Hmm datang balik dia. Dok togelkan pokok aku lagi haha)

Pokok halia dan pokok kunyit pun hampir K.O sebab tak siram. Pokok limau sambal pula terbantut daunnya tapi limaunya berbuah. Macam mana tuu?? Sama juga pokok daun limau purut ni. Kena buhhh baja ni. Tak bole jadi.



Pokok nenas dah paduu dah dia membesar tapi sayang mati akibat tak disiram. Sedihh i. Pokok inai pula tumbuh membesar dengan jayanya. Pokok asam tang tu je takda nampak perubahan pun. Kena buhh baja juga tu.



Daun kesum pun cantik je tumbuh. Orang kata pokok kesum ni kena sentiasa ada air. Tapi pelik tumbuh elok je. Syukur pokok kesum aku  tak mati hehehe.



Itu jelah pengalaman kekya tanam pokok sayur. Tips dia kena rajin siram dan tengok selalu. Bagi baja selalu. Kalo rajin takda rumah tuu takyah lah tanam. Membazir je beli benih huhuhuhu. Melainkan jiran hang prihatin siram pokok sayur hang hahaha.

Pokok inai, pokok asam dan pokok daun kesum kekya hehe?

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: