Ya Allah, engkau jadikan aku isteri yang solehah, sabar dan sentiasa kuat menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu
Ya Allah, permudahkanlah aku supaya sentiasa memahami dan bertolak ansur terhadap suamiku
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayah. Bantulah aku untuk dekatkan diriku denganmu dan kuatkanlah imanku
Ya Allah permudahkanlah aku bersalin dengan selamat nanti dan berikanlah aku bersalin secara normal
Ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku semasa dalam pantang
Ya Allah, engkau kuatkanlah cinta dan kasih sayang diantara aku dan suamiku serta peliharalah rumah tangga kami. Lindungilah rumahtangga kami daripada sebarang fitnah, bencana dan musibah
Ya Allah, jagakanlah hati suamiku dan lindungilah dia untukku. Bantulah dia dan permudahkanlah setiap urusannya. Berikanlah dia kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menjadi ketua keluarga dan imam untuk ku dan juga anakku
Ya Allah, murahkanlah rezeki aku dan suamiku. Engkau permudahkanlah setiap urusan kami. Bantulah kami untuk menyelesaikan hutang sewa rumah, hutang kereta dan hutang adik beradik suamiku. Bantulah kami untuk membeli kelengkapan barang bayi dan permudahkanlah kami untuk membuat majlis akikah untuk anak kami