IBUBAPA LUAR BIASA PASTI ANAK LUAR BIASA

Menjadi ibubapa luar biasa yang memberi contoh yang baik kepada anak-anak bukannya mudah kadang-kadang Ibubapa juga mempunyai salah silap mereka yang tak dapat dielakkan. Mereka pun manusia biasa ada emosi, stress dan sebagainya. Ibu bapa juga merupakan cerminan kepada anak-anak. Otak anak lebih mudah menyerap apa yang dilihat oleh apa yang ibubapa mereka lakukan. Jadi sebagai ibubapa mestilah menunjukkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh anak-anak.

Sebagai Contoh Ibubapa Luar Biasa Perlu Sentiasa Bersabar Mendidik Anak-Anak

Ibu bapa yang mengajar anak memberi salam ketika keluar rumah atau pulang ke rumah. Setiap hari ibubapa ulang ayat memberi salam  kepada anak walaupun anak belum pandai sebut dengan betul. Buat sampai anak ingat  perbuatan ini menjadi budaya kepada anak-anak. Setelah itu pantaulah anak-anak agar memberi salam menjadi amalan harian.

Ibubapa Luar Biasa Kena Bijak Kawal Gadjet Dan Televisyen

Kawalan gadjet dan televisyen di rumah sangat penting untuk menjadikan kita ibubapa yang luar biasa. Banyak kesan buruk bila ibubapa terlalu kerap bagi anak gadjet dan televisyen sampai anak menjadi “addicted”. Antaranya kesan yang boleh kita nampak. Anak akan jadi tak pandai sabar sampai tak boleh kawal emosi. Akhirnya anak akan mengamuk baling barang. Anak juga akan kurang bergaul dengan budak yang lain kerana terlalu fokus pada gadjet. Lebih bagus di rumah tak perlu ada televisyen. Ibubapa kalau boleh kurangkan main handphone dihadapan anak. Kalau boleh masuk bilik sekejap untuk selesai kerja dan sebagainya ataupun selepas anak semua dah tidur. Ibubapa kena lebihkan bermain, bergurau dan bercakap dengan anak.

Ibubapa Luar Biasa Perlu Solat Taubat Nasuha Setiap Hari

Ibubapa kena selalu kembali pada Allah dengan taubat nasuha. Hari-hari kena bertaubat pada Allah. “Ya Allah janganlah kesalahan kami menjadi tempias pada anak-anak kami. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami” Ibubapa kena sentiasa buat taubat nasuha sebab kalau tak buat taubat nasuha. Apa yang kita nak sampaikan dekat anak. Tak akan sampai. Ibubapa rasa macam bercakap dengan anak. Sedangkan yang buka pintu hati anak kita siapa? Ibubapa kena yakin yang buka pintu hati anak adalah Allah. Yang bagi anak rasa wibawa kita adalah Allah. Yang menyampaikan aura kita pada anak adalah Allah. Sebab itu kena betulkan hubungan kita dengan Allah. Kalau kita bercakap dengan anak ketika kita sendiri penuh dengan dosa. Kita marah anak suruh solat awal waktu. Suruh solat berjemaah tapi kita sendiri belum solat. Bila ibubapa banyak kan lagi solat sunat, zikirullah dan berusaha dekatkan diri pada Allah. Kesannya akan kita dapat pada anak-anak. Jika ibubapa mahu anak jadi baik. Ibubapa dulu yang kena baiki hubungan dengan Allah.

Ibubapa Luar Biasa Perlu Buang Semua Kerisauan Tentang Anak Dan Serahkan Semuanya Pada Allah

Ibubapa kena buang segala kerisauan tentang masa depan anak. Risau anak nak jadi apa? Risau anak bergaul denga siapa? Lagi lagi zaman sekarang. Anak-anak muda nak rosak senang je. Pengaruh kawan dan sebagainya. Macam-macam perkara yang boleh buat kita risau tentang anak ni. Jadi ibubapa cuba buang semua risau kita tentang anak dan sekarang ibubapa kena betul-betul menyatakan dekat Allah. “Ya Allah, aku berserah semuanya tentang anak aku pada engkau ya Allah”. Surrender pada Allah. “Ya Allah sehingga ke tahap ini aku mohon ampun Ya Allah. Sebab terlalu banyak kelemahan, kecuaian dan kealpaan terhadap anak aku. Ampunkan dosa aku Ya Allah.

Tips Untuk Sabar Mendidik Anak

Ibubapa cuba elakkan masalah kecil menjadi masalah besar. Setiap kali ada masalah. Ibubapa perlu selesaikan sebelum merebak menjadi masalah yang lebih besar. Apabila Ibubapa menghadapi masalah besar. Kesabaran pada anak-anak menjadi agak sukar untuk dicapai dan kemarahan akan mudah datang. Ibubapa juga perlu banyakkan membaca surah Yasin untuk melembutkan hati anak-anak atau ibubapa boleh dengarkan anak-anak ayat Al-quran setiap hari di rumah. Biarkan radio Al-Quran terpasang siang dan malam lagi bagus. Lama-lama anak jadi terbiasa mendengar ayat-ayat Al-Quran. Surah Yassin pula sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa. Apabila hati anak-anak lembut. Kesabaran mudah dikawal. Istigfar dan ambil wuduk juga mampu buat ibubapa menjadi tenang dan kemarahan pada anak-anak dapat dikurangkan.

InsyaAllah yang penting anak akan jadi luar biasa apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah.

1 thought on “IBUBAPA LUAR BIASA PASTI ANAK LUAR BIASA”

  1. Pingback: 4 CARA UNTUK BERUBAH - Lidya Izzati

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: