AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU

Haii pembaca kekya. Apa khabar sihat hari ni. Masak apa tuu. Hari ni kekya nak masak ayam masak lemak cili api kuah pekat rasa padu. Kekya dah lama tak makan ayam masak lemak cili api. Biasa kekya masak lemak cili api kuahnya cair lepastu kuahnya selalu tak habis sebab terlebih letak air hahaha. Sedih kekya tapi kali ni kekya nak try buat ayam masak lemak cili api kuah pekat rasa padu paduuu. Korang nak tau tak resepinya?

AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU 1
Rasanya MasyaAllah lemak masin semua cukup. Selera kekya makan kali ni. Korang bila lagi nak cuba resepi masak lemak cili api versi kuah pekat pula✌

Bahan-Bahan Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Perlu Ditumbuk

  • 2 biji bawang merah
  • 1 ketul kunyit
  • 5 cili kampung
  • 9 cili padi
  • 1 lada basah yang tak pedas tu. Amik warna merah tau

Bahan-Bahan Lain Untuk Ayam Masak Lemak Cili Api

  • 7 ketul ayam
  • 2 biji kentang potong empat
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air masak
  • 1 serai siap diketuk
  • Asam jawa/Asam keping secukupnya
  • 2 helai daun kunyit hiris nipis
AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU 2

Okay first kekya amik 7 ketul ayam ngam ngam untuk makan tengah hari dan malam. Kekya akan goreng ayam dan kentang sampai garing dan lembut. Ohhh ya nak tanya biasanya korang masak berapa ketul ayam ya satu hari?? Busybody kekya ko ni semua nak ditanya??

Cara-Cara Ayam Masak Lemak Cili Api Kuah Yang Pekat

Korang nak blender pun boleh. Nak tumbuk pakai lesung batu pun boleh. Hari ni kekya rajin nak menumbuk hehe. Kekya tumbuk bawang, merah, kunyit dan semua tiga jenis cili tu. Lepas tu kekya buhh sikit serbuk kunyit. Sikit jaa untuk bagi nampak kuning tu menyerlah panca panca?. Korang tau panca panca tu apa?? Hahaha cari sendiri dalam kamus bahasa korea hahaha

AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU 4
Tadaaa kan panca panca tuu. Hahaha korang ada?? Hehe gurau jaa. Jangan marah nohh.
AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU 5
Ehh jangan lupa hiris daun kunyit dan ketuk dulu serainya tau

Tumis semua bahan yang telah ditumbuk atau blender bersama dengan serai sampai garing. Kalau korang ada daun limau purut atau buah belimbing buluh. Fuhh lagi sedap lemak cili apinya?

Dah garing. Masukkan ayam, kentang dan hirisan daun kunyit. Gaul sebati.

Masukkan pula air asam jawa/asam keping dan satu kotak santan . Gaul lagi sampai semua ayam meresap kena dengan semua bahan tumis, asam jawa dan santan tadi.

Lepas tu baru masuk satu cawan air masak dan garam secukup rasa. Gaul lagi dan biar ayam masak lemak cili api tu masak sampai mendidih.

Okay siap ayam masak lemak cili api kekya. Dah bole angkat dan makan nasi panas panas bersama sambal belacan fresh dari kuali. Jom makan?

Tips Ayam Masak Lemak Cili Api

  • Goreng ayam garing garing baru sedap. Tak percaya? Cubalah dulu
  • Pastikan tumis sampai garing
  • Nak lagi sedap letak daun cekur/daun limau purut/ buah belimbing buluh
  • Nak tambah lagi sedap paksa suami puji masakan kita. Itu jangan lupa okay???

1 thought on “AYAM MASAK LEMAK CILI API KUAH PEKAT RASA PADU”

  1. Wow..memang padu..terangkat bila makan..sedap sangat2..tq sis kongsi resepi..smg sentiasa dipermudahkan urusan oleh Illahi..

Leave a Reply

Bantuan?
1
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    %d bloggers like this: