5 JENIS JUS & AIR HERBA YANG BOLEH DIMINUM UNTUK IBU BERPANTANG

Selain minum air suam yang mencukupi ketika berpantang. Kekya juga amalkan jus atau air herba.

Air halba
Air halia dan serai
Air rebusan daun sireh
Jus pegaga
Jus peria katak

Madu asli sebagai pemanis. Jangan rasa rugi laburkan duit untuk beli madu asli. Daripada beli fast food baik beli madu asli. Lagi bagus amalkan selalu. Pilih madu tualang asli. Nak guna madu kelulut pun boleh. Pastikan asli. Madu tualang asli kekya selalu beli sekilo Rm200.

Baca bismillah. Selawat 3 kali dan doa. Niat untuk apa minum madu tu. Jangan minum air untuk tempoh 15 ke 20 minit.

Nanti kekya share pula resepi dan cara buat..
Air halba
Air halia dan serai
Air rebusan daun sireh
Jus pegaga dan jus peria katak ya♥️♥️

Jangan risau air herba dan jus kekya share ni boleh di minum ketika baby yang sedang jaundice.

RESEPI AIR TEH HALBA DAN KEBAIKAN HALBA

Kebaikan air teh halba

  1. Melancarkan haid
  2. Milk Booster/ Banyakkan air susu ibu
  3. Menghilangkan kembung, sebu dan senak
  4. Merawat sembelit
  5. Menguatkan jantung
  6. Menghilangkan lendir tekak
  7. Melegakan sakit kepala
  8. Membuang angin
  9. Menyembuhkan buasir
  10. Sengugut
  11. Meransang rahim
  12. Kurang berat badan
  13. Mengawal kencing manis
  14. Radang kulit dan bisul
  15. Anemia

Resepi teh halba :
1 sudu kecil halba
1 gelas air panas

Cara penyedian air teh halba :
Cuci dan rendamkan halba tadi bersama air panas. Kemudian minum bila dah suam

Air teh halba juga boleh dicampurkan dengan serai dan halia. Untuk kurangkan bau halba yang kuat. Letak satu sudu madu sikit bagi hilang bau halba.

RESEPI AIR HALIA SERAI DAN KHASIAT AIRNYA

Kebaikan Air Halia atau Halia Campur Serai :

  1. Mengurangkan morning sickness
  2. Buang angin dan toksin dalam badan
  3. Kawal kadar kolestrol
  4. Kurangkan lenguh badan dan sakit urat saraf
  5. Menurunkan berat badan
  6. Melegakan batuk dan kahak
  7. Menghilangkan bau badan
  8. Menyegarkan badan
  9. Mencairkan darah beku selepas bersalin

Resepi rebusan Air Halia dan Serai :
3 batang serai
5cm halia

Halia dan serai diketuk dan rebus dengan air yang cukup untuk diminum 1 gelas. Tapis air rebusan halia dan serai tadi dan tunggu suam. Baru boleh minum.

RESEPI AIR DAUN SIREH DAN KHASIAT DAUN SIREH

Daun sireh ni dah jadi sahabat baik bagi wanita. Bagus untuk cuci Miss V, bertangas dan buat minum untuk kesihatan dalaman.

Kebaikan Air Rebusan Sireh :

  1. Merawat keputihan
  2. Menjaga organ kewanitaan
  3. Menghilangkan bau badan
  4. Menghilangkan gatal gatal kulit
  5. Menghangatkan Miss V
  6. Melancarkan peredaran darah
  7. Kurangkan sakit urat dan sengal-sengal badan.

Resepi rebusan air daun sireh :
Rebus 5 helai daun sireh dengan air yang cukup untuk diminum 1 gelas. Tapis air rebusan daun sireh dan tunggu suam. Baru boleh minum.

RESEPI JUS PEGAGA DAN KHASIAT ULAM PEGAGA

Pegaga sejenis ulam yang bagus untuk kesihatan dalaman dan kecantikan. Boleh dimakan sebagai ulam, urap, dicelur atau dijadikan jus minuman.

Jus pegaga tidak boleh diamalkan setiap hari kerana mengandungi kimia aktif triterpenoid glikosida. Amalkan secara bersederhana sudah mencukupi. Minum seminggu dua kali atau tiga kali sahaja.

KHASIAT JUS PEGAGA :

  1. Menegangkan kulit
  2. Wajah kelihatan awet muda
  3. Menyuburkan kulit, rambut dan kuku
  4. Meningkatkan peredaran darah
  5. Mengurangkan masalah urat tersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan peha
  6. Melawan masalah selulit dibahagian lengan dan peha
  7. Membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu
  8. Merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung
  9. Baik untuk ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengecutkan peranakan dan mengekalkan kembali bentuk badan
  10. Membantu meredakan masalah penghadaman dan masalah buasir
  11. Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.

RESEPI JUS PEGAGA 1

Bahan-bahan :
Segenggam pegaga termasuk akarnya
Sebiji epal hijau
Secawan air

Caranya:
Kisar pucuk pegaga dan epal hijau bersama secawan air. Tapis dan minum.

RESEPI JUS PEGAGA 2

Bahan-bahan :
Segenggam pucuk pegaga.
Secawan air

Caranya :
Kisar segenggam pucuk pegaga dan tambah sedikit air cukup untuk minum satu gelas.

Bagi yang agak sukar untuk minum jus pegaga. Boleh tambah susu fresh milk atau full cream sedikit untuk bagi sedap diminum.

RESEPI JUS PERIA KATAK DAN KHASIATNYA

Jus peria katak. Sape suka minum jus tu cuba la minum jus peria katak ni. Bagus untuk ibu berpantang. Cuma kena tahan pahit sikit?

Khasiat Peria Katak :

  1. Menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing
  2. Bagus untuk masalah mata
  3. Menyihatkan paru paru
  4. Galak penghasilan susu
  5. Atasi masalah haid
  6. Tambah tenaga ibu berpantang
  7. Membersihkan darah yang bertoksin
  8. Meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.

Resepi Jus Peria Katak :

Bahan – Bahan :

1 Biji Peria Katak
2 Biji Epal Hijau
3 Cawan Air Kosong

Caranya :

Potong sederhana dan buang biji peria dan buah epal hijau. Kisar kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Tapis dahulu bagi buang hampas baru boleh minum

Jangan campur gula nanti hilang khasiat peria tapi boleh campur satu madu asli. Pastikan betul betul asli ya.

Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: