4 CARA UNTUK BERUBAH

Cara untuk berubah

Cara Untuk Berubah Azam Yang Kuat Dalam Hati

Pertama sekali cara untuk berubah ialah azam mesti datang daripada lubuk hati kita sendiri. Bila ada niat. Ada azam untuk berubah. Ada azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Pasti Allah akan bimbing dan buka laluan untuk kita. Kalau kita sedar keadan kita sekarang ni tidak diredhai oleh Allah. Cepatlah minta dengan Allah. “Ya Allah, panggil lah aku untuk berubah. Bimbinglah aku Ya Allah. Untuk menjadi dekat dengan Allah. Penting sekali cara untuk berubah azam kena kuat.

Kita Mesti Buang Sifat Bongkak Dan Besar Diri

Bongkak kalau ada sebesar butir pasir pun sudah cukup buat orang itu tidak layak dapat rahmat Allah. Jaga elok elok. Bahaya sifat ni. Lagi-lagi bongkak ni dia senang mai dekat orang kaya, popular dan berpangkat tinggi. Ada juga sifat ni mai dekat orang miskin tapi tak ramailah. Kita semua tahu kisah iblis makhluk yang dikutuk, dilaknat dan dibuang oleh Allah. Sebab apa iblis dibuang. Sebab Iblis kata “Aku lebih baik daripada Nabi Adam”. Tak boleh insaf ker kita? Cara untuk berubah perlu buang sifat bongkak ini terlebih dahulu.

Cara Untuk Berubah Kita Perlu Check Balik Dengan Siapa Kita Berkawan

Dengan siapa kita berkawan walaupun umurnya 70 tahun kerana zaman sekarang kita boleh jumpa atok umur 70 tahun berzina dengan anak dara orang lain. Kenapa jadi sampai macam tu?? Persekitaran kawan kawan atok ni semuanya jenis macam itu. Kawan ni boleh bawa kita sama ada ke syurga atau neraka. Cara untuk berubah kena berhati-hati pilih kawan.

Akhir Sekali Cara untuk Berubah Kita Kena Pilih Tempat Tinggal Yang Elok.

Bila berkawan orang yang tak elok. Kawan ni akan bawa kita tempat yang tak eloklah. Tempat tinggal masjid tak ramai orang solat jumaat, majlis agama kurang, tempat banyak maksiat dan banyak jenayah. Mesti pindah cari tempat yang elok. Persekitaran yang elok. Masjid active dan ceramah agama ramai orang datang. Cara untuk berubah kita perlu cari tempat tinggal yang persekitarannya baik. InsyaAllah kesan akan dapat dekat kita juga.

Sumber, cara untuk berubah dan baca perkongsian saya tentang ibu bapa luar biasa

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: