Faraid dan Hibah

Ramai diantara kita mungkin tak berapa jelas tentang ilmu feqah dan tidak ramai juga yang diberikan pendedahan mengenai ilmu faraid, hibah dan wasiat. Perkara ini yang paling penting tapi kita sendiri tidak ambil peduli. Sabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana ia adalah sebahagian dari ilmu dan satu hari ilmu ini akan mula hilang dari umatku”

Apa Itu Hibah?

Hibah merupakan hadiah mutlak yang diberikan oleh suami atau isteri kepada pasangan masing-masing. Apa yang bagusnya hibah ini tidak tertakluk di bawah harta pusaka yang perlu difaraidkan.

Hibah juga memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Ia perlu dilakukan ketika masih hidup. Hibah juga adalah pembahagian harta yang terbaik untuk mengelakkan pertelingkahan.

Mana-mana waris tidak boleh mencabar di mahkamah dan tidak boleh tuntut satu sen pun wang hibah. Sebab itu kita perlu tinggalkan legasi hibah untuk anak dan isteri kita. Jika mempunyai harta yang banyak hibahlah sewaktu masih hidup. Jika harta sekadar ada bukalah akaun hibah ketika masih muda.

Contoh: Si isteri mempunyai anak perempuan sahaja dan hanya berhak sebanyak 1/8 sahaja bahagian harta suami. Manakala jika ada wang hibah pula. Isteri akan dapat 100% harta suami. Hibah tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Antara harta yang boleh dihibahkan adalah harta alih seperti wang tunai, barang kemas dan harta tak alih seperti rumah, tanah dan seumpamanya

Terdapat Tiga Jenis Hibah

Hibah Mutlak

Pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah

Sebagai contoh : Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak

Hibah Amanah

Pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut.

Sebagai contoh : penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sampai anaknya berumur 18 tahun

Hibah Bersyarat

Pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah

Sebagai contoh : Pemberi hibah masih ingin duduk di rumah yang telah dihibahkan kepada penerima hibah sehingga meninggal dunia.

9 Golongan Kritikal Yang Perlu Ada Hibah Supaya Nasibnya Terbela

1– Pasangan yang tiada anak lelaki adalah golongan yang kritikal untuk buat hibah harta

Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah (penghabis harta). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka dan sebahagian besar harta suami akan diwarisi oleh adik beradiknya

Jika si isteri mahu dapatkan 100% harta suami. Pastikan Si suami sudah buat hibah ke atas semua hartanya

Kalau ada pewaris faham yang harta itu adalah amanah untuk jaga keluarga ‘si mati’ sepatutnya tiada masalah. Yang menjadi masalah besar bila sudah ambik harta lepas tu tak nampak batang hidung langsung malah tak jaga pun anak buah dan balu

2– Pasangan yang tidak mempunyai anak

Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami

3 – Pasangan yang mempunyai anak angkat

Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.

4 – Suami yang berpoligami

Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.

5 – Sama ratakan bahagian anak lelaki dan perempuan

Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.

6 – Individu yang belum berkahwin

Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.

7 – Suami yang mempunyai isteri yang muda

Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan pada masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umurnya dengan isteri yang muda. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.
Ramai diantara kita mungkin tak berapa jelas tentang ilmu feqah dan tidak ramai lagi yang diberikan pendedahan mengenai hibah. Perkara ini yang paling penting tapi kita sendiri tidak ambil peduli. Sabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana ia adalah sebahagian dari ilmu dan satu hari ilmu ini akan mula hilang dari umatku

8 – Suami dan isteri yang membeli harta secara bersama

Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akam jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.

9 – Keluarga yang ada anak istimewa

Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih memerlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.

Faraid Suami Yang Meninggal

Ibu suami dapat 1/6.

Isteri dapat 1/8.

Anak lelaki dapat baki keseluruhan.

Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.

Walaupun anak lelakinya masih kecil belum cukup umur lagi tetap ada hak faraid untuknya. Kalau adik beradik yang sudahlah jahil malah tidak tahu apa-apa tentang ilmu harta pusaka. Janganlah pandai-pandai sibuk volunteer mahu uruskan harta suaminya.

Isterinya ada hak untuk menjadi pentadbir dan pemegang amanah uruskan harta pusaka suaminya sendiri kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya. Tugas pentadbir dan pemegang amanah adalah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk uruskan perbelanjaan harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tidak semestinya perlu tunggu anaknya 18 tahun baru boleh digunakan harta tersebut.

Banyak isteri keliru sama ada duit dan harta si suami yang meninggal adakah langsung tidak boleh digunakan walaupun sedikit kerana semuanya perlu difaraid. Urus harta pusaka mesti ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu

1) Perbelanjaan pengebumian si mati

2) Perlu selesaikan semua hutang-hutanh si mati.

3)Badal haji jika si mati belum menunaikan haji.

4)Laksanakan wasiat kepada buka waris jika ada

5)Laksanakan hibah jika ada si mati ada buat hibah untuk seseorang

6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian untuk isterinya terlebih dahulu

7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.

Akhir sekali, sudah selesai kesemua aturan di atas bakinya barulah boleh difaraidkan

Percayalah

Berlakunya salah faham, persengketaan dan perebutan harta pusaka itu benar.

Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.

Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.

Campurtangan dari waris-waris yang tidak berkenaan itu juga benar.

“Alahh insyaAllah adik beradik saya tak macam tu lah. Awak jangan risau?” ketahuilah bahawa pusat tahfiz pun ada kes pencabulan apatah lagi hak anak yatim yang ditinggalkan.

Ketika kita didalam kubur, kereta buruk pesona kita pun orang akan rebutkan apatah lagi simpanan.

Jika kita masih hidup. Sediakanlah wasiat dan hibah buat keluarga kita. Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai.

Kita tidak akan faham melainkan kita sendiri yang melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajar dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

Perlu beringat Sebelum terkena

Perlu celik faraid

Perlu merancang harta supaya dapat elak persengketaan

Nota Tambahan

Jika suami meninggal dan si mati ada ambil apa apa insuran dan insurans tersebut adalah konvensional bukan pusaka. Maka tidak tertakluk pada faraid. Insuran akan terus dapat pada penama.

Kena tengok borang insurans penama letak nominees atau beneficiaries? Kalau nominees maksudnya hanya sebagai pentadbir.

Semua orang wajib tahu kerana semua orang akan mengalami masalah ini. Jika infonya bermanfaat. Sila tekan butang SHARE.


Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: