ANTARA BB CREAM & CC CREAM YANG BEST KEKYA PERNAH TRY

Siapa yang minat BB Cream  dan CC cream macam saya tapi tak berapa ngam bila nak pakai foundation ataupun jenis yang tak suka makeup tebal tapi teringin sangat nak makeup nampak natural dan glowing dan nampak cantik je gitu. Bolehlah try bb cream atau CC cream di bawah. CC Cream saya dapat satu je hahaha


  1. Missha perfect cover BB cream No 13

    BB Cream Missha ni made in korea. Natural finish and sangat glowing bila pakai. Tak nampak macam pakai makeup dan kulit tak kering. Lasting all day. BB cream Missha coverage saya bagi 7/10 dan dia punya SPF 42 +++. Rating saya bagi 10/10. Sangat best?✔RM79.90

  2. Pure Beauty  BB Cream

    Yang BB Cream yang ni pula boleh hide bekas jerawat yang sikit sikit tu dan dark spot bawah mata. Pure beauty BB cream ni watery texture sikit dan semi-matte finish. Mengandungi anti oxidant + complex bulgarian rosewater whitenol. Sangat sesuai untuk kulit berminyak dan boleh juga untuk kulit combination atau kulit kering macam saya. Oh pure beauty BB cream ni made in korea dan boleh dapatkan dekat watson
    RM47.00


  3. Pure Beauty CC cream

    Mengandungi pink flower capsule red inhibiting – Pearl Bulgarian Rosewater. Nampaklah perbezaan kandungan pure beauty bb cream dan cc cream kan. Natural coverage dan glossy finish. Hanya sesuai untuk combination dan kulit kering sahaja. SPF 30 PA++ sahaja tak kuat sgt
    RM47.00


  4. Klairs BB cream

    BB Cream ni lasting almost all day. Coverage dia saya boleh bagi 7/10 sahaja. Sesuai untuk kulit yg cerah dan mengandungi SPF 40 ++
    ✔RM84.90


  5. Bio Essence 10 in 1 BB Cream

    Sangat bagus dan cantik sangat bila pakai. Kelebihan dia Nude, Natural makeup for younger, flawless & glowing skin. Lasting dia all day dan coverage dia saya boleh bagi 7/10 sahaja tapi bolehlah untuk skin yg jarang ada jerawat. Yang ada bekas jerawat sikit sikit tak jelas sangat tu bolehlah pakai bb cream. Sangat best dan glowing habis bila pakai. Tak nampak macam pakai makeup. Natural je. I love it tapi sayangnya SPF 25 ++ sahaja sikit sangat. Rating untuk bb cream ni saya boleh bagi 10/10 ?? Best!!!
    RM85.90

    Itu sahaja yang kekya boleh share dekat korang pasal BB Cream dan CC Cream yang kekya dah try. Kalo kekya ada try cream lain yang best. Nanti kekya share dekat korang lagi yaa?

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: