TIPS PAKAI TUDUNG BAWAL TERBENTUK CANTIK

Tips untuk korang yang teringin sangat nak pakai tudung berbawal tapi taknak gelembung dan senget benget.

Ohhh payah weyh nak bentuk tudung bawal. Boleh jadi mood waktu tu happy terus bertukar jadi serigala tak makan 3 hari.

Waktu tu orang gurau dengan aku pun. Aku pandang macam nak telan. Hahahaha??

Senang je korang nak tudung bawal korang terbentuk cantik. Korang sembur je easy on. Sembur sekali je agak agak kena tu okaylah. Lepas tu gosok tudung macam biasa.

Pandai pandai koranglah nak adjust macam mana Hahaha. Jangan terlebih sembur pulak. Kangg tudung keras kejung padan muka hang Hahaha. Tulahh sembur tak ingat aku. Dah kejung tudung engkau(gurau k)

Teringat zaman sekolah dulu siap gunting plastik A4 yang keras tu nak bentuk kan tudung?. Bukan tu je aku siap guna teknik tiup meniup untuk tegakkan awning tudung aku. Tengok power dan kreatif kan aku Hahaha.

Siapa pernah buat macam ni baik mengaku cepat. Kalo tak aku sebat pakai batang mop? Zaman sapu lilin dekat tudung pun ada tau.

Ada juga yang tak payah pakai apa apa pun. Tudung dia terbentuk cantik jee. Huhh jeles aku hahaha. Mungkin ikut bentuk muka kot?

Kalo aku pakai bawal tanpa guna teknik apa apa. Apa pun tak jadi. Aku jadi serigala adalahhh -.-

Cuma kelemahan dia, jangan kena air atau hujan. Kalo kena habislah tudung aku leper macam lempeng hahaha tak jadi apa pun dan pastikan bila korang bukak tudung jangan bagi siapa siapa pun terduduk terutamanya suami aku? Terduduk je sila gosokkan balik!

Kena sangkut elok-elok untuk kekalkan bentuk yang padu okay??

Aku memang saja buhh gambar zaman STPM. Rindu pulak zaman waktu aku belajar. Bila ingat balik zaman tuu banyak juga perangai kurang empuk aku buat kat sekolah masa tu??

Itu sahaja semoga bermanfaat untuk korang yg teringin pakai tudung berbawal hahaha?❤

Leave a Reply

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    %d bloggers like this: